Kuala Lumpur – Pakatan Harapan (PH) tertanya-tanya mengenai status pendaftaran mereka di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana jabatan itu masih belum memberikan kata putus atas permohonan mendaftar gabungan pembangkang yang mahu melawan Barisan Nasional.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata JPPM belum memberikan kata putus sejak permohonan dibuat pada 24 Julai lalu dan pemberitahuan JPPM bahawa permohonan mereka masih dalam pertimbangan 2 November lepas.

“Setakat ini kita (PH) belum dapat apa-apa reaksi daripada JPPM. Tidak ada penolakan atau penerimaan, kelulusan ataupun apa-apa,” katanya pada sidang media di Tingkat 14 Parlimen hari ini lapor Free Malaysia Today.

Dr Mahathir berkata PH bercadang untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid hari ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung pendaftaran gabungan mereka tetapi gagal.

“Menteri tidak ada di sini jadi kita tidak dapat jumpa. Kita sedia ikut kehendak JPPM. Jika ada cadangan yang tidak sesuai dan bercanggah dengan kerajaan Persekutuan, kita sedia lakukan pindaan. Itulah keadaan kita sekarang ini,” katanya.

Ditanya mengenai status mesyuarat agung PPBM, Dr Mahathir yang juga pengerusi parti berkata PPBM belum bersedia sepenuhnya untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama.

“Pada ketika ini, kami masih belum lagi menyusun sepenuhnya. Untuk adakan mesyuarat agung tahunan kita, mesyuarat dari cawangan, bahagian perlu diadakan terlebih dahulu.

“Walaupun ada ahli-ahli berdaftar tetapi ia masih belum tersusun dan ada sesetengah cawangan masih belum lagi dirangka dengan teratur,” katanya.

Namun, Dr Mahathir menjelaskan bahawa ketiadaan mesyuarat agung tahunan tidak bermakna PPBM tidak mempunyai ahli.

“Bilangan ahli itu ramai, tetapi struktur di peringkat cawangan dan bahagian masih belum siap sepenuhnya,” katanya. – MDN

KLIK BACA: PRU 14 perlawanan “kalah mati” Najib dan Dr Mahathir

KLIK BACA: Mukhriz bakal saman penyebar gambar anak bersama berita palsu

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Veteran Umno pertahan Zamihan, gesa Mufti Perlis tutup mulut

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Bekas Duta Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share