Dr Mahathir berbanding Najib tidak menghapus subsidi dan melaksanakan cukai GST yang secara mendadak mengakibatkan kenaikan kos sara hidup. – Foto Liew Chin Tong FB

oleh Shahbudin Husin | 9 November, 2017

Minyak adalah keperluan asas rakyat dan sebarang kenaikannya akan memberi kesan berantai kepada banyak keperluan lain dalam kehidupan. Sebarang kenaikan harga minyak akan menaikkan harga hampir semua barangan dan perkhidmatan.

Ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi dipertikai dengan isu budak tingkat 4 dahulu, kedudukan beliau tambah merudum dengan keputusannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen di mana akhirnya beliau terpaksa akur kepada peralihan kuasa.

Dalam hal ini, Tun Mahathir Mohamad ternyata lebih bijak. Meskipun sepanjang 22 tahun berkuasa, pelbagai cabaran dihadapinya, tetapi beliau hampir tidak pernah mengusik hal-hal yang berkaitan keperluan asas rakyat.

Beliau terus mengekalkan subsidi minyak dan pelbagai barang keperluan lain dengan tujuan agar rakyat dapat hidup selesa dan tidak mudah naik minyak. Kemarahan rakyat kerana faktor politik lebih mudah ditangani jika mereka tidak tertekan dalam kehidupan atau poket sentiasa berisi.

Najib sebaliknya bukan saja menarik subsidi minyak, gula, tepung dan sebagainya dengan omongan kononnya diganti dengan subsidi bersasar seperti BR1M, malah turut memperkenalkan cukai pukat harimau GST?

Kutipan GST adalah sekitar RM42 bilion setahun, manakala BR1M hanya RM6 bilion. Jika dicampur dengan subsidi yang ditarik balik, kerajaan sebenarnya masih banyak lebihan, meskipun pendapatan daripada Petronas kian merosot.

Tetapi, kenapa Najib masih tidak kecukupan wang untuk mengurus negara?

Dalam hal ini, tidak seperti Tun Mahathir yang gigih berusaha menampung kekurangan dana kerajaan dengan menambah pendapatan melalui pelaburan dan menyediakan iklim ekonomi yang selesa kepada perniagaan, Najib agak lemah dalam hal tersebut.

Beliau hanya tahu mencukai rakyat untuk mendapatkan wang, sambil terus bersikap boros dalam berbelanja, selain iklim ekonomi sentiasa demam untuk perniagaan atau mencari wang.

Dana Pejabat Perdana Menteri meningkat saban tahun, kos jamuan dan makanan hampir tiada had dan berbelas bekas pemimpin diberikan jawatan bertaraf menteri semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan populariti.

Semua pembaziran itu tidak berlaku di zaman Tun Mahathir, bahkan ketika mesyuarat kabinet waktu itu hidangan yang disediakan hanyalah nasi lemak bungkus saja. Ia berbeza dengan sekarang di mana jamuan ditempah dari hotel lima bintang.

Perbezaan nyata antara Tun Mahathir, baik dengan Tun Abdullah Badawi mahu pun Najib ialah beliau jauh lebih bijak dan mempunyai lebih kemampuan berbanding kedua-duanya itu.

Beza Najib dengan Tun Abdullah Badawi pula, meskipun sama-sama lemah, beliau turut terpalit dengan ibu segala skandal iaitu 1MDB yang membuatkan kedudukannya ibarat telur di hujung tanduk.

Dengan dasar kenaikan harga minyak secara mingguan, Najib kini terdedah kepada maki hamun, kebencian dan penolakan rakyat pada setiap minggu. Jika kenaikan berlaku pada setiap Rabu dan seiring dengannya Najib juga terus dimaki, dibenci dan ditolak setiap minggu, adalah mustahil rakyat mahu terus mengekalkan UMNO dan BN lagi dalam piliharaya akan datang.

Sifirnya mudah saja, kalau sekarang pun beliau tiada perasaan simpati dengan menarik subsidi dan mengenakan GST, sudah tentu apabila diberikan lagi kuasa, Najib akan terus melakukannya lagi dan lagi tanpa berhenti.

Kenaikan harga minyak dan sebelum rakyat terus naik minyak, “seseorang” mesti diturunkan sebagai jalan penyelesaiannya. Kalau tidak, masalah ini akan terus wujud tanpa kesudahan.

Kecuali penerima dedak bulanan yang terus mempertahankan kenaikan harga minyak, rakyat dan ahli UMNO sendiri rata-rata menolak dan jengkel dengannya.

Jika kenaikan minyak memberi kesan berantai kepada naiknya pelbagai barangan dan perkhidmatan, punca kenaikan itu juga adalah rantaian daripada sifat boros, suka bermewah dan tiada kemampuan “seseorang” di atas sana sebagai pemimpin.

Buang “seseorang” itu dan partinya sekali…kalau pun tak selesai sepenuhnya, pasti akan berkuranganlah masalah kita semua.

*Shahbudin Husin merupakan penulis buku politik melayu terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaDreamNews.

KLIK BACA: Bekas Duta Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACA: Rosmah tak dendam bersalam dengan Guan Eng semasa lawat Banjir Pulau Pinang

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE