Pulau Pinang 7 Nov – Walaupun sering dihina, Datin Seri Rosmah Mansor tetap menunjukkan sikap mulia kepada mereka yang tidak menyukainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sikap itu jelas dilihat ketika isteri Perdana Menteri itu melawat Pulau Pinang hari ini lapor Sinar Harian.

“Insan inilah yang parti Lim Guan Eng (DAP) selalu hina, fitnah, kecam sampai tak ingat dunia…”

“Tapi jelas hari ini insan yang sering dihina itu tak berdendam…,” kongsinya di Facebooknya.

Perkongsian itu disertakan dengan gambar Rosmah bersalaman dengan Guan Eng di Lapangan Terbang di negeri Mutiara itu.

Terdahulu Guan Eng menerusi perkongsian di Facebooknya, menyatakan beliau akan menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth bagi meninjau situasi banjir di Pulau Pinang.

Guan Eng juga menyatakan dalam pertemuan itu Najib kemudian diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah-langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Sabri Abdul Mulok.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Tanpa dendam dengki tetapi pembantu Rosmah masih sempat meraih keuntungan politik dengan memuji majikannya dalam situasi bencana yang tidak melibatkan isu yang ditentang DAP-Guan Eng pun.

Sangat tidak molek tidak tepat perbuatan Rizal Mansor mencari kemuliaan kononnya Rosmah lebih tinggi tidak berdendam secara peribadi.

Soalannya berkait ayat di bawah apakah tidak tepat, palsu, fitnah, perkataan atau perbuatan kritik yang kamu terasa kemudian kamu terbalikkan untuk mengenakan orang lain pula?

Firman Allah tentang batas kritikan: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. – (Al-Ahzaab 33:58)

Firman Allah: Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik.

Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. – (Faatir 35:10)

Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? – (Al-Jaathiyah 45:6)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…inilah penerangan apa yang kamu tidak sabar mengenainya?

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Apakah skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACA: Muhyiddin – Najib tak patut sebut ‘Kepala bapak kau’ sebagai PM

KLIK BACANajib serah saja jawatan Perdana Menteri kepada Timbalan kalau dah tak tahan cabaran…

KLIK BACA:  Johari Abdul cabar Husni ulang dakwaan anak buahnya Hairani Nafiz diliwat Anwar Ibrahim.

KLIK BACA: Dr Mahathir: What fake news? I had no Jho Low or Riza Aziz

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE