JERTIH 26 Okt: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas meraba seorang suri rumah berusia 29 tahun di Kampung Tok Has, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.35 petang hari sama, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu mangsa yang berada di rumahnya didatangi suspek untuk mengutip hutang.

“Mangsa kemudian membayar wang kepada suspek sebanyak sejumlah RM20.

“Namun, tiba-tiba suspek masuk ke bahagian dapur rumah mangsa dan bertindak memeluknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zamri berkata, lelaki itu didakwa turut meraba bahagian punggung mangsa.

“Mangsa berjaya melepaskan diri dan keluar daripada rumah.

“Sebaik lelaki itu keluar daripada rumah berkenaan, mangsa masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Jho Low kebal disebabkan pembelaan daripada Umno, kata Mukhriz

KLIK VIDEO: Dr Mahathir lawat ‘Tembok Besar China’ di Kuantan, syabas Najib

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE