Kuala Lumpur – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dinamakan dalam dokumen siasatan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenai kecurian wang 1MDB, masih selamat disebabkan pembelaan daripada Umno.

“Begitu kebal Jho Low,” kata naib presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz.

“Orang macam ini pun Umno masih pertahankan. Laungkan ‘Hidup Melayu’ tetapi Jho Low juga yang hidup senang lenang dan Umno jugalah yang pertahankannya,” katanya pada program “Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat” di Alor Gajah, Melaka, malam tadi lapor Free Malaysia Today.

Kapal layar Jho Low, “Equanimity” yang merupakan antara sasaran tindakan pembekuan aset oleh DoJ, baru-baru ini dilaporkan berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di utara Aceh pada 23 Oktober lalu.

Menurut pemfailan DoJ di mahkamah AS, Equanimity ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, kola, terjun, dan ruang tamu, serta diselenggara dengan dana AS$250 juta (RM1.06 bilion) berasal dari 1MDB.

Mukhriz berkata Umno pada masa ini berbeza dengan Umno pada ketika negara berada dalam kegawatan ekonomi dahulu, seperti pada 1997.

“Rakyat melihat kerajaan dahulunya bersungguh-sungguh melaksanakan dasar kerajaan yang betul-betul memberi faedah, waktu ekonomi negara merudum kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selamatkan keadaan.

“Dahulunya, perjuangan Umno murni, tetapi pada hari ini, Umno dan BN yang kita kenali sudah tidak ada lagi kerana ia diganti dengan kepimpinan yang rakus,” katanya.

KLIK BACA: Pahlawan Bugis tidak mencuri, kata Dr Mahathir kepada Najib

KLIK BACA: Najib dan polisi ekonominya, siapa untung siapa rugi? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Nazri tak fikir arahan Jho Low berkaitan 1MDB mungkin dilakukan di Malaysia?

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK VIDEO: Dr Mahathir lawat ‘Tembok Besar China’ di Kuantan, syabas Najib

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE