Mana BAJET PAS bukankah bersama Gagasan Sejahtera bercita-cita besar membentuk kerajaan dengan menumbangkan BN dan mengalahkan PH? – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin | 26 Oktober, 2017

Sekarang ini adalah musim pembentangan bajet. Pihak yang ingin menjadi kerajaan dan parti yang sedang menguasai kerajaan, inilah masanya membuat tawaran masing-masing kepada rakyat.

Semalam Pakatan Harapan telah membentangkan bajet alternatifnya sebagai tawaran kepada rakyat jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan.

Tentu ramai yang teruja dengan tawaran menarik PH itu terutamanya pemansuhan GST dan penghapusan tol, selain pendidikan percuma, rumah mampu milik, pemberian royalti minyak 20 peratus dan beberapa yang lain lagi.

Esok pula, Najib Razak sebagai Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2018 bagi pihak BN sekiranya mereka kekal lagi sebagai kerajaan selepas PRU 14.

Jika tawaran Najib pada esok tidak lebih baik berbanding apa yang telah dtawarkan oleh PH, tentu saja rakyat tidak tertarik lagi untuk terus mengekalkan BN memerintah negara ini.

Untuk apa rakyat terus memilih parti dan pemimpin yang hanya akan menyusahkan mereka dalam meneruskan kehidupan?

Melihat kepada tawaran-tawaran yang dibuat oleh PH, tidak mustahil Najib ketika ini sedang sibuk membuat beberapa pindaan terhadap bajetnya untuk disesuaikan agar tidak terlalu jauh tertinggal sehingga memungkinkan BN kecundang mudah dalam pilihanraya yang dijangka akan diadakan dalam dua tiga bulan akan datang.

Jika semata-mata bergantung kepada BR1M, tetapi tiada tawaran yang menarik berkenaan GST, perumahan, perubatan, tol dan seumpamanya, kemungkinan PH, tambahan lagi dengan adanya Tun Mahathir Mohamad bersama gabungan pembangkang sekarang ini, lebih merupakan pilihan di hati rakyat untuk menerajui kerajaan.

Namun demikian, sepertimana yang ditanyakan oleh seorang pemimpin DAP – mana bajet Pas iaitu satu satu lagi pihak yang juga bercita-cita mahu menubuhkan kerajaan?

Bukankah Pas bersama Gagasan Sejahtera juga bercita-cita besar untuk membentuk kerajaan dengan menumbangkan BN dan mengalahkan PH?

Jika benar ingin menjadi kerajaan, apa tawaran mereka berkenaan GST, tol, perumahan, pendidikan dan sebagainya?

Apakah Pas masih mahu melaksanakan hudud atau memadai dengan Akta 355 saja?

Sesungguhnya, untuk membuktikan Pas bersama Gagasan Sejahtera mampu untuk membentuk kerajaan dengan mengalahkan dua pesaingnya yang lain serta ada tawaran tersendiri untuk rakyat, mereka masih berkesempatan lagi untuk berbuat demikian.

Najib hanya akan membentangkan bajetnya pada Jumaat kira-kira jam 4.00 petang, maka Pas bolehlah melakukan pembentangan lebih awal iaitu sebelum sembahyang Jumaat.

Dalam tempoh 24 jam ini, Pas dan Gagasan Sejahtera haruslah memerah tenaga, otak dan segala input daripada pelbagai sumber untuk bajet tersebut bagi meyakinkan rakyat mereka benar-benar ingin jadi kerajaan yang lebih baik daripada BN atau PH.

Kalau idea bajet pun tiada, nak jadi kerajaan macam mana?

Takkan jadi kerajaan nak ceramah saja sepanjang masa?

Atau jika tidak sempat menyediakan bajet itu, lebih baik Pas cepat-cepat bertindak setuju terhadap saranan Mustaffa Ali bagi pembentukan kerjasama dengan UMNO dalam pilihanraya akan datang ini.

Satu kenyataan daripada Hadi Awang mengatakan Pas setuju untuk bekerjasama dengan UMNO saja pun sudah memadai bagi tujuan itu.

Bila sudah setuju dan ada kerjasama dengan UMNO, jadinya bajet Najib petang esok adalah sama seperti bajet Pas juga.

Mudah kan?

MESTI BACA: Sanggup peralat agama demi kuasa dan harta

KLIK BACA: Menang PRU14 tahulah Tun Mahathir dan Pakatan Harapan cari Jho Low, Zahid, Najib

KLIK VIDEO: Dr Mahathir lawat ‘Tembok Besar China’ di Kuantan, syabas Najib

KLIK BACA: Mahathir jadi Perdana Menteri dan Allah panjangkan umur untuk menjelaskan ini?

KLIK BACA: Umno mesti dikalahkan baru insaf rasa kepahitan rakyat di bawah, kata Shafie beberapa hari sebelum ditahan SPRM

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share