Kuala Lumpur 20 Okt – Penahanan beberapa pemimpin kanan Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal didakwa bertujuan melumpuhkan parti itu dan menakutkan penyokongnya.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad juga mendakwa penahanan pemimpin kanan Warisan itu adalah atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kali ini Najib mengarahkan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menangkap pemimpin-pemimpin Warisan di Sabah.

“Pegawai SPRM diugut untuk melaksanakan arahan Najib. Jika tidak patuh tindakan tertentu akan diambil. Mereka mungkin diturunkan pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuhkan hak pencen dan bermacam lagi,” katanya.

Dakwa Mahathir lagi, pegawai tinggi PDRM, pegawai di jabatan pendakwa raya termasuk pengarah syarikat dalam Khazanah ditakutkan supaya menyokong perbuatan salah Najib demi menang pilihan raya.

“Demikian juga pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan yang akan dilantik mengurus pilihan raya. Mereka akan disuruh menipu untuk beri kemenangan kepada Najib dalam PRU14.

“Pakatan Harapan yakin akan menang jika tidak ada penipuan dalam pilihan raya. 90 peratus pengundi yang berdaftar sudahpun menyatakan mereka tolak Najib,” katanya.

Pakatan Harapan berjanji akan membela nasib penjawat awam yang teraniaya sekiranya menang PRU14.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Mahathir mempersoalkan kewujudan sebuah estet industri ketika melawat Kuantan, baru-baru ini.

Dakwanya, estet industri itu mempunyai keluasan 3,000 ekar, dikelilingi tembok simen setinggi lapan kaki dan sembilan kilometer panjang.

“Tulisan atas tembok gergasi ini hanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing. Dalam kawasan ini terdapat banyak bangunan yang berbentuk kilang.

“Orang Malaysia tidak dibenar masuk ke estet industri ini. Dikatakan semua pekerja datang dari negara yang memiliki estet ini yang jumlahnya dikatakan seramai 3,000 pekerja,” katanya.

Dakwa Mahathir lagi, kononnya estet industri itu turut lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kedai dan restoran yang membekalkan keperluan untuk pekerja dan pegawai.

“Ada yang berkata wang yang digunakan dalam estet ini bukan dalam Ringgit Malaysia, tetapi asing.

“Saya tertanya-tanya apakah mereka menggunakan undang-undang Malaysia? Apakah pihak berkuasa Malaysia meluluskan pembangunan dalam kawasan ini? Apakah mereka bayar cukai kepada kita,” katanya.

Mahathir turut mempersoalkan kewujudan estet industri itu yang hanya terdapat di Pahang sahaja.

“Dengan adanya estet industri seperti ini, Malaysia akan jadi negara maju. Tak usahlah tanya akan peluang pekerjaan, kontrak, berniaga oleh rakyat Malaysia. Kita perlu korbankan diri untuk mendirikan negara maju milik orang asing.

“Syabas Najib. Awak cukup bijak. Tidak ada cara yang lebih baik untuk bangunkan negara daripada menjualnya,” katanya. – Read more source Sinar Harian

KLIK BACA: Tuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Hadi Awang bila nak taubat? baru cakap serupa bikin… – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib orang pertama dihadap RCI 1MDB jika Pakatan Harapan menang PRU14, kata Muhyiddin

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACA: Najib ‘bijak’ tak usah tanya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, kata Tun Mahathir

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE