ALOR SETAR 21 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi individu pertama dihadapkan untuk perbicaraan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) 1MDB.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan berkenaan akan dilaksanakan apabila Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Jikalau ada salah laku Datuk Seri Najib, beliau orang pertama yang akan dipanggil untuk perbicaaan 1MDB. Jika pasti bersalah, kita akan pastikan dia masuk penjara.

“Kita akan ambil serius dalam soal rasuah, jadi kita akan perangi rasuah habis-habis,” katanya ketika berucap dalam Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate, malam tadi lapor Sinar Harian.

Kata beliau, Pakatan Harapan akan terus berjuang demi memastikan negara tidak rosak dan tidak terus dirompak seperti yang berlaku sekarang.

“Kita ada kemampuan, ada kelebihan dengan adanya sokongan rakyat. Jadi, apabila berkuasa Pakatan Harapan akan memperbetulkan segala kepincangan dalam negara,” katanya.

Malah, katanya, masalah rakyat akan akan jadi keutamaan, malah Pakatan Harapan sepakat menghapuskan GST segera apabila diberi mandat oleh rakyat.

Muhyiddin berkata, kabinet pertama Pakatan Harapan yang akan bersidang apabila diberi mandat, benda pertama akan disentuh ia GST.

“Sebaik kabinet pertama Pakatan Harapan ditubuh, tak kira siapapun jadi Perdana Menteri, perlaksanaan GST akan bubar secara rasminya. Kita akan cepat-cepat padam GST,” katanya. – MDN

KLIK BACATuan Ibrahim ungkit dosa Mahathir, sampai bila pun masalah negara tak akan selesai

KLIK BACA: Shafie ditahan cubaan lumpuhkan Parti Warisan Sabah, dakwa Tun Mahathir

KLIK BACA: ‘Malaysia tidak perlu penyangak sebagai Perdana Menteri’

KLIK BACA: Tun Mahathir pertikai kenapa siasat Shafie baru sekarang?

KLIK BACA: Hadi terimalah hakikat Mahathir kini berjuang untuk kebaikan negara

KLIK BACA: Tun Mahathir ikrar akan selamatkan Penjawat Awam…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE