Kuala Lumpur – Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.

“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.

PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.

Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.

Nota Ana Ghoib: Punca hasutan Amanat MEMALI baling batu sembunyi tangan!

Mahathir bertindak mengurangkan kuasa raja sesuai dengan ‘tuntutan semasa’ dan jika mahu dikembalikan kuasa itu – sepatutnya PAS menang PRU14 bersama PH dan menggubalnya semula bukan membebel mengungkit – apakah masalah boleh selesai?

Kezaliman bunuh Altantuya, Najadi, pemenjaraan Anwar 3 tahun lepas, cukai tinggi, mangsa banjir, samseng pukul sepak terajang pecat joli sana sini, fitnah pil kuda, jual tanah negara, wang KWASP, KWAP, TH dan hutang ribuan juta depan mata HARI INI tetapi tak berani HUDUD.

KLIK BACA: Bellew letak jawatan kerana campur tangan Najib dalam urusan MAS – Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib satu-satunya PM jual tanahhak milik kekal kepada negara asing, kata Mukhriz

KLIK BACA: Mahathir jelaskan bagaimana GST dapat dihapuskan!

KLIK BACA: Nik Abduh sindir Mahathir hanya orang ‘otak senget’ gelar Bugis lanun?

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE