Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempertahankan dasar pandang ke Timur yang pernah diperkenalkannya sewaktu menjadi perdana menteri, antaranya sikap masyarakat itu terhadap rasuah.

Bekas perdana menteri itu berkata, budaya masyarakat Jepun yang menekankan maruah diri diterapkan sejak kecil sehingga ada yang sanggup membunuh diri sekiranya dituduh melakukan rasuah.

“Di Jepun apabila rakyatnya lakukan sesuatu kesalahan, ada yang sanggup membunuh diri. Contohnya apabila kalah perang, ribuan askar Jepun akan bunuh diri, mereka malu apabila gagal melaksanakan tugasan.

“Kita dapati, dalam masyarakat kita orang yang didapati terlibat dalam amalan rasuah, apabila ditanya mengenainya dia masih mampu tersenyum, seolah-olah tidak lakukan kesalahan berkenaan.

“Kalau itulah caranya, apa-apa undang sekalipun tidak dapat basmi rasuah, ia tidak berkesan. Bangsa yang mempunyai budaya malu dan jijik kepada amalan rasuah akan dapat hapuskan rasuah,” katanya pada sesi soal jawab Bicara Wawasan 2020 di Facebook hari ini lapor Free Malaysia Today.

Laporan indeks persepsi rasuah 2016 yang diterbikan Transperancy International menunjukkan Jepun berada di kedudukan 20 daripada 176 buah negara. Manakala, Malaysia berada di kedudukan ke-55.

Dr Mahathir berkata, undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah rasuah. Bagi bekas perdana menteri itu, rasuah dapat dibendung hanya apabila rakyat menganggap rasuah sebagai perbuatan keji.

“Cuba kita terapkan nilai tidak membunuh sama dengan nilai tidak mengambil rasuah. Kita tidak membunuh seseorang itu bukan disebabkan undang-undang yang wujud, tetapi kita tidak membunuh sebab kita anggap ia tindakan yang salah dan menjijikkan.

“Kalau kita dibesarkan dengan percaya amalan rasuah adalah jenayah dan tidak lakukan sesuatu yang dilarang, maka rasuah tidak akan berlaku,” katanya. – MDN

KLIK BACA: Nik Abduh sindir Mahathir hanya orang ‘otak senget’ gelar Bugis lanun?

KLIK BACA: Tauliah ditarik, Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

KLIK BACA: MYKMU tuntut Mahathir minta maaf hina Najib Bugis

KLIK BACA: Wanita dituduh skandal Ketua Pengarah SPRM tampil beri penjelasan

KLIK BACA: Orang Jepun bunuh diri dituduh rasuah, orang kita tersenyum – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE