KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan keperluan pertahanan negara sempena pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober.

Beliau berkata pada pertemuan semalam, yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor, beliau memberi penjelasan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan berhubung keperluan kementerian itu bagi menjamin keselamatan dan pertahanan negara.

Jumlah peruntukan pertahanan untuk tahun hadapan tidaklah keterlaluan dan telah pun dibentangkan kepada menteri kewangan, katanya kepada pemberita selepas majlis Nadwah Ilmiah Pegawai-pegawai Kanan (NAIM) 2017 dan Pelancaran Indeks Syariah Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hishammuddin juga berkata, ATM akan terus bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan Indonesia dan Filipina dalam mengawal sempadan darat dan laut negara agar tidak mudah dicerobohi sebarang pergerakan militan khasnya Daesh.

“Inilah cabaran ATM menjaga sempadan dalam dunia tanpa sempadan hari ini dan untuk mengawalnya bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya. – Bernama

Advertisements

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACA: Dzulkifli SPRM patut tahu Dr Mahathir sogok RM1 bilion, sindir Kit Siang

KLIK BACA: Siti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: Benarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share