Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku mengenali individu H yang didakwa cuba menawarkan RM5 juta kepada Ketua Armada Bersatu Syed, Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meninggalkan parti dan menyambung pelajarannya ke luar negara.

Bagaimanapun kata Mahathir, beliau tidak mengenali rapat individu terbabit kerana insan yang mempunyai tingkah laku seperti itu tidak wujud dalam mana-mana jabatan semasa beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri.

“Ya saya memang kenal dengan dia (individu H). Tetapi semasa zaman saya, orang-orang begini tidak ada dalam Umno atau pun dalam jabatan semasa pementerintahan saya.

“Orang-orang begini wujud untuk menjadi orang suruhan kepada ketuanya,” katanya lapor Sinar Harian.

Syed Saddiq pada semalam mendakwa Pejabat Perdana Menteri sengaja menafikan kewujudan individu yang dipercayai dalang rangkaian sistematik dedak.

Beliau berkata, pihak terbabit sememangnya mengetahui individu itu ada kaitan dengan jabatan berkenaan.

“Mereka penipu. Saya yakin mereka memang sengaja menggunakan cara teknikal untuk menafikan individu tersebut mempunyai kaitan dengan Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Syed Saddiq dalam sidang medianya Isnin lalu mendakwa ditawarkan RM5 juta daripada ‘penasihat kanan perdana menteri’ untuk meninggalkan parti dan menyambung pelajarannya ke luar negara.

Menurutnya, umpan wang tunai ditawarkan oleh ‘rangkaian sistematik dedak’ yang dirancang penasihat kanan itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh negara. – MDN

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACA: Dzulkifli SPRM patut tahu Dr Mahathir sogok RM1 bilion, sindir Kit Siang

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACABenarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Bertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE