Shah Alam – Rakyat rata-ratanya mengeluh melihat harga barangan mentah terutamanya ikan, yang dijual pada harga yang dipengaruhi oleh keberadaan “orang tengah” dan peniaga ikan dalam industri itu.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan menyokong usaha Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengusahakan projek Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia atau KIR1M, yang menjual produk utama seperti ikan kembung, cencaru, selar, selayang dan pelaling pada harga sehingga 40% lebih murah daripada harga pasaran.

Kedai pertama KIR1M dibuka di sebuah plaza di Setiawangsa pada 2 Disember 2011, menawarkan ikan harga “rakyat” kerana Jamal berusaha memperoleh bekalan terus daripada nelayan.

Ahli perniagaan itu berkata projek KIR1M mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna, namun beliau sama sekali tidak menyangka “politik ikan” lebih hebat daripada sepak terajang politik parti.

Selepas beroperasi selama 2 tahun 4 bulan, hasrat Jamal menjadi peneraju kedai ikan “rakyat” akhirnya tergendala selepas beliau disaman beribu ringgit dan kedainya diroboh pihak berkuasa tempatan.

“Akhirnya saya terpaksa akur untuk tutup,” katanya.

Kini selepas 6 tahun peristiwa itu berlalu, Jamal kembali menjual ikan harga murah namun secara kecil-kecilan di pasar basah Sekinchan, jeti nelayan Sekinchan dan di Ampang.

“Saya jual ikan lagi dengan harga RM5 sekilogram dan masih mendapat keuntungan,” katanya.

Jamal belum serik untuk membuka kembali perniagaan berasaskan barangan basah jika diberikan ruang oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan negeri dan pusat.

“Saya tidak harapkan mana-mana bantuan, cuma bagi saya tempat, mungkin di Selangor. Saya boleh jual ikan dengan harga patut setiap hari,” katanya. – FMT

KLIK BACA: Kenali Dzulkifli SPRM dan orang-orangnya yang serbu pejabat hingga ke rumah

KLIK BACA: Dr Mahathir mengaku kenal individu tawar RM5 juta kepada Syed Saddiq

KLIK BACA: “Mahathir beri Kit Siang RM1 Bilion, ampu Najib sanggup perbodohkan diri sendiri” – Aziz Yassin

KLIK BACASiti Hasmah kenang jasa Tun Razak

KLIK BACA: Benarkah Najib masa depan penjawat awam gelap jika Pakatan Harapan perintah? – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACABertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE