Kuala Lumpur – Aktivis undang-undang Siti Kasim mengecam petisyen bantahan penganjuran pesta arak Oktoberfest oleh Armada PPBM diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Memuatnaik kenyataan di Facebook sambil melampirkan artikel dari portal berita mengenai petisyen berkenaan, Siti berkata petisyen oleh Armada PPBM itu adalah demi kepentingan politik.

“Nampakkan apa saya maksudkan? Semua orang mahu jadi juara Islam. Ini semua politiklah.

“Siapa kisah apa Tuhan cakap kan? F*** Syed Saddiq atau apa juga nama dia dan geng Pribumi.

“Sejak bila ahli politik mula mengambil berat mengenai rakyat Malaysia?” katanya lapor Malaysian Digest.

Armada PPBM Selangor mendakwa sudah berjaya mengutip lebih 10,000 tandatangan membantah penganjuran pesta arak, Oktoberfest, di negeri berkenaan.

Petisyen dengan tajuk “Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia” itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

KLIK BACA: Bertambah pening bila Shahbudin ulas isu takut isteri atau suami

KLIK BACA: Saya tidak pernah guna sekolah untuk puji pemimpin itu cara diktator, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Adakah setia PAS kepada pemimpin mengatasi setia kepada Allah, Rasul dan Al-Quran? – Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid beritahu pemimpin PAS rakyat meluat orang pura-pura warak tetapi kebendaan

KLIK BACA: Sastera Nik Abduh mempersona tetapi nil kebenaran, sifar keadilan

KLIK BACA: Tunku Abdul Rahman sahaja tak mahu anaknya jadi Perdana Menteri – Zam

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE