Kuala Lumpur – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, nasib pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bergantung kepada syarikat pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin).

“Pekerja KR1M semua di bawah tanggungjawab Mydin dan tiada kena-mengena dengan kerajaan. Ini yang ramai orang salah faham,” katanya selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go (YPGO) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini lapor Free Malaysia Today.

Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas kerana didapati menjual produk pada harga jauh lebih tinggi berbanding pasaran.

KR1M mula beroperasi pada 2011 bertujuan menjadi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun banyak aduan dilaporkan diterima kerana tidak puas hati terhadap harga dan barangan yang dijual.

“Jadi, bila dia (Mydin) kata dah tak boleh teruskan, maka itu keputusan Mydin. Bila dah tutup, terpulanglah kepada Mydin sama ada nak ambil atau tidak (kakitangan),” kata Hamzah. – MDN

Advertisements

KLIK BACA: 3 suspek kes bunuh 2 anggota TLDM direman

KLIK BACA: Anggota TLDM meninggal dunia dalam tahanan tinggal pesan kepada isteri

KLIK BACA: Najib, Zahid takut luluskan pendaftaran Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Petir kilat ‘serang’ himpunan Fastaqim PAS

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACA: Tiada sebab rakyat Malaysia miskin, kata Irwan Serigar Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share