Rizal Mansor berkata, dokumen yang ditunjukkan Rafizi Ramli semalam memakan dirinya kerana ia membuktikan pengasas Invoke itu penipu. – Foto FMT

Kuala Lumpur 29 Sept, 2017 – Walaupun berdepan risiko disaman, Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor terus menyerang Rafizi Ramli hari ini dengan menyifatkan naib presiden PKR itu memalukan diri melalui pendedahan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, Invoke.

Sindiran itu dibuat Rizal dengan menunjukkan “ketidakcerdikan” Rafizi melalui pembayaran gaji disifatkannya tidak masuk akal kerana dibuat awal sebulan.

“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menunjukkan segala dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui KEIP Resources Sdn Bhd). Satu dokumen yang ditunjukkan di mana tarikh invois pada 22 Oktober, tetapi semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September.

“Sangat tidak masuk akal, biasanya gaji dibayar pada (akhir) bulan sama. Ini bulan baru (Oktober) belum masuk lagi, gaji dah siap bayar. Memang hebat Rafizi ini.

“Hebatkan Rafizi, baru 11 September dah bayar gaji Oktober, dahsyat tak kerja seorang akauntan bertauliah. Yang buat baucer Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.

“Bagi saya, orang ini kalau dia nak menipu, dia akan makan diri. Menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam, Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Rizal merujuk dokumen didedahkan Rafizi semalam yang menafikan tuduhan kononnya beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke yang diasaskannya.

“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urus niaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd).

“Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafiz.

Naib presiden PKR itu berkata beliau merasakan tindakan perlu diambil terhadap Rizal kerana pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu “mempunyai wang dan dokongan kewangan yang besar”.

“Saya berpendapat saman ke atas Datuk Rizal Mansor atas fitnah yang nyata ini akan berjaya mendapatkan pampasan ratusan ribu ringgit yang boleh disumbangkan kepada Invoke,” katanya menerusi sidang medianya yang dibuat secara siaran langsung di Facebook miliknya lapor FMT.

Nota Ana Ghoib: Makna Rafizi bijak pandai mengurus duit kebajikan pekerja – justeru enggan berhutang – berbanding syarikat milik BOSS yang hanya ada 2-3 pekerja tetapi hutang beribu juta.

Laporan audit disorok dan siapa dedah bercakap mengenainya berisiko dipenjara. Hebat, bodoh ke bijak?

Ini bukan soal makan diri lagi tapi langsung takda harga diri ….

KLIK BACA: KP SPRM Dzulkifli anggap Kit Siang umpamakannya ‘monyet’ isu 1MDB biadab

KLIK BACANajib barangkali boleh diiktiraf “Tokoh Gelaran Bapa Paling Banyak” di dunia

KLIK BACAJauhkan Najib dari MAS semasa beli pesawat baru – Rafizi

KLIK BACA: UMNO menang PRU kali ini egonya melonjak setinggi langit

KLIK BACA: Politik mencarut, Salleh wajar tegur PM dan penyokong Umno-BN terlebih, kata Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE