Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia tidak lagi sewenang-wenangnya ditipu, lebih-lebih lagi apabila dipaksa membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika ini kerajaan banyak memperlihatkan kegagalan dalam mengurus kewangan hingga membelanjakannya dengan cara tidak dibenarkan undang-undang.

Berbeza dulu, beliau berkata, kerajaan masih lagi boleh mencapai pembangunan pesat meskipun tidak melaksanakan GST.

“Kita berjaya membina Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi.

“Berbeza sekarang, walaupun kerajaan kutip cukai yang tinggi tetapi masih kenakan GST kepada rakyat.

“Saya tak fikir orang kampung bodoh kerana mereka juga terpaksa membayar GST,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Dataran Manggis, kelmarin lapor Malaysian Digest.

Menurutnya, tindakan menggunakan wang secara tidak betul menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengenakan GST kepada rakyat.

“Nak sogok semua orang dengan duit supaya sokong dia dan belanja duit tidak mengikut bajet menyebabkan duit tidak cukup.

“Jika kita terus jadikan beliau sebagai perdana menteri, negara akan menjadi lebih teruk.

“Saya fikir orang yang ada pada malam ini tidak akan menyokong beliau kerana dia telah merosakkan negara,” katanya.

KLIK BACA: Malaysia aman sebelum ‘perompak’ muncul, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Jangan Monyetkan Malaysia – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: MAS beli atau pajak Boeing? Apakah CEO MAS bakal senasib Nor Yakcop?

KLIK BACA: Ketika Rakyat Menderita Najib Cakap Besar, Angan-Angan Di Amerika – Kadir Jasin

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE