Dikemaskini:  Pesuruhjaya Polis Sabah berkata suspek cuba mencuri wang tunai guru tersebut di surau sebuah sekolah rendah di sini, Isnin lalu.

Datuk Ramli Din berkata suspek ponteng sekolah dan datang ke surau tempat mangsa mengajar.

Suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak dan Seksyen 324 kanun sama kerana menyebabkan kecederaan menggunakan objek berbahaya.

Lahad Datu 21 Sept, 2017 – Guru wanita sekolah rendah di Lahad Datu menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu, kelmarin.

Pada kejadian 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki, 13, dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita, 23, itu.

Advertisements

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau sekolah tempatnya mengajar.

“Ketika tahiyat akhir… suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.

“Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.

Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

“Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.

Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

KLIK BACA: Nor Yakcop letak jawatan Khazanah, Najib ucap terimakasih atas sumbangan… 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share