Kuala Lumpur – Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman mahu melelong barangan kemas termasuk cincin yang dipakainya dalam penggambaran klip video I Am Me.

Hasmiza, 46, atau lebih dikenali Vida berkata cincin rama-rama itu ditempah khas untuk penghasilan single nyanyian pertamanya, lapor Utusan Online.

“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,” katanya.

Cincin itu sebahagian kos pembikinan RM1 juta termasuk produksi yang menelan belanja 180,000, peralatan (RM100,000) dan tempahan barang kemas lain.

Video muzik kedua pengasas produk Qu Puteh itu memaparkannya duduk dalam tab mandi yang ditimbuni not kertas RM50 dan RM100.

Pelancaran video arahan Ghaz Abu Bakar dijadual pada 30 September ini. – MDN

KLIK BACA: Apakah kita akan jumpa lagi duit KWSP, MAS, Khazanah dilabur Najib di AS – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Tun Mahathir – Talam Dua Muka ⇑

KLIK BACA: Sekarang ‘shopping’ kapal terbang, dulu kapal selam?

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Tun Mahathir puji Nor Yakcop penyelamat negara

KLIK BACA: Nor Yakcop letak jawatan Khazanah, Najib ucap terimakasih atas sumbangan… 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE