Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perdana menteri berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang telah menerima menghadap Mahathir yang juga penasihat Bersatu di Istana Bukit Malut, Langkawi, minggu lepas.

“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh Bersatu,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana deklarasi dibuat Bersatu tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. – Bernama

KLIK BACA: Deklarasi Rakyat Dr Mahathir kepada Agong tak mampu jatuhkan Najib

KLIK BACA: Bung Mokhtar: Pertemuan Dr Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong hanya sia-sia

KLIK BACA: Raja Petra: Dr Mahathir hanya serah 45 tandatangan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share