Bekas gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, jumlah kerugian BNM dalam urus niaga forex lebih RM31 bilion. – Foto TMI

Kuala Lumpur 6 Sept, 2017 – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an berkata, bank pusat itu mengalami kerugian 10 kali ganda daripada pelaburannya bermula 1988.

Bekas gabenor BNM yang merupakan saksi ke-16 RCI itu memberitahu panel 5 ahli itu yang bank pusat itu mengalami kerugian berjumlah RM31.506 bilion sekitar 1991 hingga 1994 akibat perdagangan forex.

“Jumlah kerugian keseluruhan dialami BNM dalam urus niaga forex bagi 1988 dan 1989 ialah RM3.503 bilion dan bagi 1991 hingga 1994, kerugian ialah RM31.506 bilion.

“Keuntungan pada 1990 ialah RM2.473 bilion,” katanya ketika memberi keterangan di Istana Kehakiman.

Zeti mula berkhidmat dengan BNM sejak 1981 dan dilantik sebagai gabenor bank pusat itu pada 2000 sebelum perkhidmatannya tamat pada Mei 2016.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai kerugian ditanggung BNM itu pada 1994, ketika bekerja di pejabat BNM di London.

“Masa itu, saya masih bekerja di pejabat di London dan saya hubungi pegawai kanan BNM untuk mengetahui apa yang berlaku dan diberitahu BNM mengalami kerugian daripada pengurusan rizab,” katanya.

Pada hari pertama prosiding, Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, jumlah kerugian akibat urus niaga forex BNM dari 1991 hingga 1994 ialah RM31.516 bilion.

Bagaimanapun, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang merupakan peguam Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Sidek menarik balik kenyataan itu, memandangkan prosiding RCI belum selesai.

Prosiding hari ini merupakan sesi ke-5 RCI bagi menyiasat kerugian BNM melalui kegiatan perdagangan forex sekitar 1990-an.  – FMT

KLIK BACATrump jumpa Najib, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir

KLIK BACAFBI says 1MDB stolen funds witnesses scared to talk – BLOOMBERG

KLIK BACA: Datuk Siti calon PRU BERSATU berdepan Najib di Pekan?

KLIK BACA: Teori RAHMAN, Amanat Hadi lawan Amanat Mahathir PRU14

KLIK BACA: Najib sendiri tak dapat lupakan Dr Mahathir meski sejarah cuba dipadamkan

KLIK BACASaksi bimbang keselamatan jika bantu siasatan jenayah 1MDB – FBI

KLIK BACA: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE