Presiden FAM berkata ketiadaannya bagi menunjukkan sokongan kepada skuad bola sepak Sukan SEA tidak perlu dijadikan isu oleh mereka yang ‘busuk hati’. – Foto Sinar Harian

Petaling Jaya 20 Ogos – Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.

“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Mei lepas.

Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini lapor Free Malaysia Today.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”

Walaupun tidak menyebut Khairy secara khusus, TMJ berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan ahli politik seperti menteri sukan itu.

Menurutnya, tidak seperti sesetengah orang yang “hanya tunjukkan muka di stadium”, beliau tidak mempunyai kepentingan politik.

“Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan,” kata TMJ, sambil menyentuh dana RM4 juta yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Menurutnya, beliau tidak berniat mengungkit sumbangan ayahnya.

Sebaliknya, TMJ berkata beliau bukan ahli politik yang cuba meraih populariti, sambil mempersoalkan sumbangan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika FAM bergelut dengan masalah kewangan. – MDN

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACA: Najib janji bayar macam-macam sebab tahu akan kalah – Tun Mahathir

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACARekod menunjukkan Najib diktator kleptokrat, kata Mahathir

KLIK BACA: Mahathir dedah di Kedah orang ketuk pintu bagi duit

KLIK BACA: Isa Samad kambing hitam, kata Rafizi 

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Siasatan jenayah FBI dan DOJ di Amerika bermula seiring doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share