SEMBILAN negara dipercayai mempunyai senjata nuklear yang mana AS dan Rusia menduduki senarai teratas, masing-masing dianggarkan 7,000 kepala peledak nuklear.

Manakala Korea Utara hanya mempunyai kurang daripada 20.

Bagaimana ujian senjata nuklear Jong-un dianggap sebagai paling berbahaya berbanding kira-kira 2,000 kepala peledak nuklear sedia dilancarkan dimiliki Trump?.

Perang retorik yang tercetus sepanjang minggu lalu turut menyaksikan Pyongyang mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Guam yang merupakan wilayah Amerika Syarikat di Pasifik sebagai respons terhadap provokasi Trump.

Walaupun terdapat banyak laporan bertentangan tentang angka itu, data Persekutuan Saintis Amerika (FAS) pada Julai lalu mendapati Washington mempunyai 6,800 kepala peledak nuklear berada di tangga kedua selepas Rusia yang memiliki kira-kira 7,000 senjata sama.

Baru-baru ini, tentera AS mengisytiharkan Washington mempunyai 806 ICBM, peluru berpandu dilancarkan dari kapal selam (SLBM) dan pengebom berat serta 1,722 kepala peledak.

Bulan lalu, laporan Agensi Risikan Pertahanan AS mendakwa sehingga 60 senjata nuklear kini dikawal oleh Jong-un.

Laporan lain mendedahkan Pyongyang telah menyeragamkan kepala peledak nuklearnya kepada saiz kecil untuk disesuaikan dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang mana jarak jangkauannya boleh mencapai sejauh New York atau Washington. – Sinar Harian

KLIK VIDEO: Nothing to Hide 2 kecoh, kasut dibaling ke arah Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACA: Dr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE