Kuala Lumpur 11 Ogos – Jika tidak bersalah, anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu takut disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Ujarnya, LHDN hanya menjalankann tugas yang diamanahkan untuk mengutip cukai ke atas setiap rakyat yang layak serta syarikat berdaftar secara sah di negara ini.

“Biarlah LHDN buat kerja. Kalau anak Tun Mahatahir tak bersalah buat apa nak risau. Kecuali anak-anaknya ataupun syarikat di bawah Tun M tak bayar cukai.

“Sebagai warganegara, saya rasa ramai yang bertanggungjawab membayar cukai. Kalau dah bayar cukai dan laksana tanggungjawab apa nak takut,” katanya lapor Antarapos.

Mengulas perkara itu Armand berkata Dr Mahathir harus akur rakyat juga tertanya-tanya berkenaan sumber kekayaan beliau dan juga anak-anaknya yang lain.

Advertisements

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACA: 1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK BACA: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Pejabat anak diserbu LHDN, saya sedia disiasat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share