Kuala Lumpur – Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Yazid Ramli berhubung dakwaan mendedahkan butiran peribadi kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata laporan itu sedang diteliti bahagian pendakwaan polis.

“Kita akan siasat jika ada asas yang mencukupi untuk menyiasat kes itu. Kita perlu ikut peraturan dan berlaku adil kepada kedua pihak  yang menuturkan kata-kata itu dan yang terkesan dengan kata-kata itu,” katanya kepada pemberita di satu acara polis hari ini lapor Free Malaysia Today.

Zahid memberitahu Mesyuarat Perwakilan Umno Kelana Jaya yang kad pengenalan Dr Mahathir tertera nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Ia membawa singkatan “anak lelaki” atau “a/l” yang selalu digunakan dalam nama rasmi rakyat Malaysia berketurunan India. Menurut Zahid, Yazid memberikan maklumat itu kepadanya.

Advertisements

Zahid berkata pengerusi Pakatan Harapan itu “orang yang memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu”.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang laporan polis, yang terbaru dibuat oleh ahli biro undang-undang DAP Kedah Zulhazmi Shariff.

Bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi semalam.

Khairuddin menggesa Dr Mahathir mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid dan Yazid kerana menyalahgunakan kuasa dan menyalahi Akta Perlidungan Data Peribadi apabila mendedahkan maklumat peribadi bekas perdana menteri itu kepada orang ramai. – MDN

KLIK BACA: Zahid lupa pernah isytihar harta RM230 juta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share