Advertisements

Mahkamah Tinggi membenarkan Najib mencelah saman Zaid Ibrahim memaksa AmBank mendedahkan butiran akaun bank perdana menteri. – Foto AntaraPos

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berjaya dalam usaha untuk mencelah saman bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang memaksa AmBank mendedahkan butiran 5 akaun milik perdana menteri yang didakwa menerima deposit RM2.6 bilion dan RM42 juta.

Peguam Zaid, Americk Sidhu berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib atas sebab beliau mempunyai kepentingan dalam usaha Zaid mendapatkan butiran akaun bank.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan 15 September untuk pengurusan kes.

Americk menambah “perjalanan masih jauh” sebelum perbicaraan utama.

“Sekiranya permohonan memaksa butiran akaun bank didedahkan itu dibenarkan, pihak bank masih boleh pertikaikan perintah itu,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Peguam Najib, Wan Azmir Wan Majid berkata oleh kerana Najib kini sebahagian dari kes mahkamah Zaid, beliau perlu menyerahkan jawapan kepada afidavit yang difailkan sebelum ini.

Zaid memfailkan saman pada November 2016 untuk memaksa AmBank mendedahkan butiran 5 akaun Najib.

Beliau juga mahu Ambank Islamik Bhd mendedahkan sumber dana masuk dan penerima bayaran yang dibuat dalam tempoh akaun dibuka sehingga ditutup pada 30 September tahun lepas.

Zaid berkata beliau perlukan maklumat itu untuk menyokong satu lagi samannya terhadap Najib, anak tirinya, Riza Aziz, 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Advertisements

Beliau memfailkan tindakan undang-undang pada Ogos 2016 untuk mendapatkan kembali AS$731 juta dan RM42 juta yang dimasukkan ke akaun bank perdana menteri. – MDN

KLIK BACA: Nawaz Sharif dilucut jawatan PM Pakistan siasatan kekayaan luar biasa keluarga

KLIK BACA: Tun Mahathir saja mampu kalahkan UMNO – Salahuddin Ayub TP AMANAH

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: “Saya tak cabar Apandi bersumpah kalau tak tahu maklumat sulit 1MDB” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA: “Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share