London: Bagi pelajar di United Kingdom (UK), musim panas terlalu sinonim dengan peperiksaan dan tekanan akibatnya.

Bagaimanapun, seorang pelajar licik mendapat penyelesaian unik untuk membantunya menangani peperiksaan subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya.

Dalam gambar dimuat naik ke Reddit, gadis menggunakan nama Blood_Repaer itu yang dipercayai dari UK menunjukkan bagaimana dia menuliskan formula fizik di atas kertas kecil yang kemudian dilekatkan pada bahagian bawah kukunya yang panjang.

‘Kejayaannya’ itu mendapat pelbagai reaksi pengguna Internet dengan ada yang memuji kelicikannya namun ramai juga yang menyelarnya kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.

Malah beberapa orang yang memahami teori fizik turut mengkritiknya kerana tidak dapat menjawab beberapa soalan mudah.

Tidak jelas sama ada gadis berkenaan pelajar sekolah atau penuntut universiti, tetapi kebanyakan yang mengulas tidak menerimanya secara positif, termasuk seorang pengguna yang mengganggapnya sebagai ‘menyedihkan.’ – Agensi

KLIK BACA: “Saya tak cabar Apandi bersumpah kalau tak tahu maklumat sulit 1MDB” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA: “Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara”

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Korek sejarah Tun Mahathir, kata Khairy

KLIK BACA: Najib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share