Advertisements

Kuala Lumpur – Kekecohan berlaku di Sunway Putra Mall, ibu negara, hari ini dengan kehadiran hampir 200 ahli Pemuda Umno yang terbabit dalam pergelutan dengan sekumpulan ahli Pemuda PPBM.

Keadaan tidak terkawal itu memaksa campur tangan polis dan ahli Pemuda PPBM mencari perlindungan di dalam pusat beli-belah itu.

Pertembungan 2 kumpulan itu bermula sekitar 2.30 petang, apabila ahli Pemuda PPBM bersedia meninggalkan pusat beli-belah itu dan menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan “jemputan khas” ke forum “Nothing to Hide 2.0” kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi, sebelum sempat meninggalkan premis Starbucks, tempat mereka makan tengah hari, sekumpulan ahli Pemuda Umno muncul dan menghalang mereka keluar dari premis itu.

Polis berjaya meleraikan kedua-dua kumpulan itu dan mengiringi ahli PPBM ke sebuah lokasi tidak diketahui. Kumpulan ahli Pemuda Umno kemudiannya memasuki pusat beli-belah itu untuk mencari ahli Pemuda PPBM.

Walaupun gagal dalam misi pencarian itu, ahli Pemuda Umno bagaimanapun melaungkan “1-0 untuk kami”, katanya lapor Free Malaysia Today.

Mereka kemudiannya berarak ke PWTC sambil bersorak dan mengucapkan tahniah kepada satu sama lain.

“Lain kali, sebelum mereka berani datang ke rumah kami, mereka patut bersiap sedia,” kata salah seorang pemimpin kumpulan itu menerusi mikrofon.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memuji keberanian kumpulan lelaki itu dan membanggakan parti. – MDN

Advertisements

KLIK BACANajib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

KLIK BACA: “Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara”

KLIK BACA: Korek sejarah Tun Mahathir, kata Khairy

KLIK BACA: MRT: Najib hanya teruskan projek era saya, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Tun Mahathir yakin menang PRU tapi dakwa Najib akan ‘menipu’

KLIK BACA: Isteri PM dikenali pemegang kuasa sebenar, lapor South China Morning Post

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share