SEPANG, 15 SEPTEMBER 2016 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara untuk menerima dan mengendalikan pesawat Airbus A320neo dengan enjin CFM International LEAP-1A.

Majlis sambutan ketibaan pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-NEO tersebut diadakan hari ini dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dilengkapi dengan Space Flex Cabin untuk keselesaan penumpang yang optimum, pesawat tersebut dikonfigurasi dengan 186 tempat duduk. Ia adalah pesawat ke 172 yang diterima oleh kumpulan AirAsia daripada keseluruhan 575 pesawat yang telah di pesan.

Majlis gilang gemilang hari ini telah yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, H.E. Christophe Pinot, Duta Perancis ke Malaysia, H.E. Victoria Marguerite Treadell, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; bersama-sama dengan barisan pengurusan AirAsia. Turut hadir pada majlis itu telah Kiran Rao, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Strategi & Pemasaran, Airbus dan Allen Paxson, Naib Presiden Eksekutif CFM.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “Kami teruja menerima pesawat Airbus A320neo yang akan memastikan AirAsia kekal sebagai peneraju industri penerbangan, dengan pesawat yang termuda dan paling moden.

Pesawat ini akan memberikan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus dan keupayaan tambahan 500 batu nautika, yang secara langsungnya bermakna tambang rendah untuk tetamu AirAsia. Ini ditambah lagi dengan tambahan tempat duduk yang menjadikan keseluruhan kapasiti 186 tempat duduk bagi setiap pesawat.

“Kami juga amat gembira dengan elemen alam sekitar bagi pesawat ini di mana penjimatan bahan api akan mengurangkan 5,000 tan karbon dioksida (CO2) bagi setiap pesawat setiap tahun selain dari penurunan dua digit dalam pelepasan NOx dan pengurangkan bunyi bising enjin” tambah beliau.

Kiran Rao, Naib Presiden Eksekutif Strategi & Pemasaran, Airbus berkata “AirAsia telah meletakkan tanda aras untuk kecekapan penerbangan. Dengan A320neo ianya akan menjadi jauh lebih baik, dengan 15 peratus pengurangan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Sementara itu penumpang akan dapat menikmati tahap keselesaan di dalam pesawat seperti yang sediada. A320neo ini adalah jet penumpang single aisle yang paling cekap di dunia. Kami yakin bahawa ia akan memainkan peranan penting dalam membolehkan AirAsia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai satu syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di dunia.”

“Kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan luarbiasa ini dan teruja untuk memasuki satu fasa baru dengan AirAsia,” kata Allen Paxson, Naib Presiden Eksekutif CFM. “Kami percaya bahawa semua kelebihan teknologi LEAP — penjimatan bahan api, kesan alam sekitar yang lebih baik, kebolehpercayaan, kos penyelenggaraan yang rendah — akan mempunyai kesan yang amat positif terhadap kecekapan operasi AirAsia dan membantu menjana pertumbuhan berterusan jangka panjang.”

AirAsia adalah pelanggan Airbus yang terbesar bagi pesawat A320 dengan keseluruhan 575 pesawat yang telah ditempah. 404 daripadanya adalah dari keluarga A320neo. Ini termasuk 100 buah pesawat A321neo yang baru ditempah di pertunjukan udara di Farnbourgh baru baru ini.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE