New Zealand: Golongan pendatang tiada suara dan mereka sudah penat dengan situasi itu. Calon Parti Maouri tampil untuk membela nasib golongan tersebut.

Pembela lebah dan bekas ahli farmasi dan pakar pemakanan, Wetex Kang pada Isnin menjadi calon Parti Maori yang pertama berasal dari Asia.

Beliau yang berketerunan Cina Malaysia boleh berbahasa tiga dialek Cina dan memahami Bahasa Melayu.

Kang berkata, beliau berfikir untuk menyertai Parti Kebangsaan tetapi enggan membawa beg bimbit dan botol air orang lain untuk 10 tahun akan datang.

Kemudian, seseorang mencadangkan agar Kang menyertai Parti Maori.

“Nenek saya berdarah campuran Melayu dan saya selalu berasa darah yang mengalir dalam badan ini ada pertalian dengan ‘tangata whenua’ (orang asli New Zealand).

“Saya menulis dua polisi imigresen untuk Parti Maori dan wakil rakyat berketurunan Asia hanya berada dalam kabinet untuk mempromosikan parti utama dan mendapatkan derma.

“Tiada seorang pun yang benar-benar bangkit untuk mengutarakan isu yang besar dan jelas boleh dilihat. Orang Asia selalu jadi buah mulut dan tempat rujukan tetapi mereka tiada suara dan mungkin sudahpun penat dengan apa yang berlaku,” jelasnya kepada portal berita NZ Herald.

Menurut Kang, bukan salah pendatang tetapi kegagalan pihak kerajaan New Zealand untuk menguruskan imigresen. – NZ Herald

KLIK BACA: Tun Mahathir beranikah ‘Negarawan Sebenar’ tangkap?

DIKEMASKINI: KJ diharap sahut cabaran TMJ lawan pasukan polo baginda

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar Najib tangkaplah…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACA: Apa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE