MINI Malaysia secara rasminya memperkenalkan MINI JCW Pro Edition baharu yang eksklusif buat pasaran di negara ini.

MINI JCW Pro Edition merupakan model MINI 5-Pintu yang paling laju dan berkuasa pernah dibangunkan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun ketika memperkenalkan MINI baharu berkata: “John Cooper Works memang terkenal kerana tampil bergaya dan memiliki keghairahan sebenar terhadap kehidupan.

“MINI JCW Pro Edition mampu memberi keterujaan sama ada ketika mengambil selekoh tajam apabila memandu ke seluruh negara atau menawarkan prestasi garang di atas litar lumba, jentera ini menyerlahkan kualiti pengendalian seperti sebuah go-kart yang cukup sinonim dengan MINI. Namun, ia juga sebuah kereta yang praktikal untuk kegunaan harian.”

Menurut Han lagi, MINI baharu ini memberikan satu dimensi baru kepada jenama kereta kompak premium tersebut. Ia jelas menyuntik adrenalin dan berkongsi sejarah kejayaan MINI dalam dunia sukan bermotor.

“Dari litar lumba ke jalan biasa, ia dapat menerangkan tentang MINI JCW Pro Edition dengan sempurna. Kereta ini membawa bersama warisan sukan bermotor sejak zaman kegemilangannya memenangi perlumbaan Monte Carlo sehinggalah ke podium-podium Rali Paris-Dakar dengan penuh rasa bangga,” kata Han.

mini cooper

Perkadaran MINI JCW Pro Edition baharu diserlahkan menerusi MINI JCW Pro Aerodynamic Kit. Ia membuatkan MINI Cooper S 5 Pintu yang sudah sedia sporty menjadi semakin menarik. Aerodynamic Kit terdiri daripada ‘splitter’ pada bahagian hadapan, bahagian sisi, bampar belakang dan ‘spoiler’ belakang.

Semua ini bukan sahaja menaikkan penampilannya, malah mampu mengoptimumkan aspek aerodinamik untuk pengalaman perlumbaan yang cukup mengujakan. – The Star Car Sifu

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE