Pemuda Umno mendakwa Dr Mahathir  menimbulkan polemik serta kekeliruan berhubung Proton dan memohon penjelasan Syed Mokhtar – Foto FMT

Pemuda UMNO dalam satu kenyataan berkata, mereka mengambil maklum penjualan 49.9% saham Proton kepada syarikat China Zhejiang Geely minggu lalu.

Menurut Pergerakan itu, penjualan saham itu dilihat sebagai keputusan perniagaan Proton yang merupakan sebuah entiti swasta bagi memastikan kelangsungan syarikat dan ia tidak dipengaruhi oleh kerajaan.

“Namun bak kata pepatah, rumah siap, pahat masih berbunyi. Pemuda UMNO memandang serius kenyataan negatif yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas Pengerusi Proton susulan penjualan saham itu,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Mohamad Sahri Aziz.

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir katanya, telah menimbulkan polemik serta kekeliruan dalam kalangan pemerhati serta rakyat berhubung masa depan Proton.

“Syed Mokhtar tidak boleh diam ibarat syaitan bisu, yakni tidak memberitahu kebenaran sedangkan mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk jelaskan perkara sebenar.

“Pemuda UMNO mendesak Tan Sri Syed Mokhtar menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Adam turut mempersoalkan pemilik sebenar Proton.

“Saya merasakan Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan pemilik Proton melalui Kumpulan DRB-Hicom, perlu jawab persoalan oleh Tunku Aziz iaitu apakah Tun Mahathir pemilik sebenar Proton dan sama ada Tan Sri Syed Mokhtar hanyalah seorang proksi.

“Persoalan ini timbul apabila Tun Mahathir menolak secara terbuka atas isu pembelian 49.9% equity Proton.

“Jika Tan Sri Syed Mokhtar pemilik Proton beliau sudah semestinya sokong dan mempertahankan kerjasama antara Proton dan Geely.

“Wanita UMNO meminta penjelasan dari Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar tentang perkara ini yang kini menjadi perhatian rakyat seluruh negara,” kata beliau. – MDN

Nota Ana Ghoib: Banyaknya songeh pemuda-pemudi yang tak kenang budi membesar di zaman Mahathir bersama Proton!

Tak ada Tour – Road Show – Exhibition – Rombongan dagang menjual proton produk negara mengikut Najib dalam pesawat mewah ke luar negara?

Bak kata seorang pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM bahawa memasarkan Proton di Malaysia mudahnya seperti memburu di dalam ZOO.

Malah lebih mudah mewajibkan agensi kerajaan memakainya tetapi kepada Ana Ghoib dengan syarat janganlah Media Akhbar TV dikawal kerajaan sampai seminggu ulas keburukan Proton dari rungutan pembeli.

Jikalah mereka tidak putus asa dan keistimewaannya PROTON kereta nasional dilindungi sepenuhnya lalu salah silap segera diperbaiki anak tempatan yang berkarisma, berkaliber dan pandai berniaga seperti Tony Fernandes AirAsia tidak begini akhirnya.

Ambil contoh MAS yang memerlukan orang asing gaji berjuta hanya untuk memotong kos, memecat vendor dan memecat pekerja walhal anak tempatan tidak diutamakan. [Imej kejayaan orang barat yang didendangkan diterima semudah itu – rasionalisasi kononnya.]

Ana Ghoib mahu menambah Proton ini seperti Ringgit Malaysia jika diletak imej orang yang berpengaruh maka nilainya dipandang tinggi sebaliknya cubalah buat ujikaji meletakkan imej ahli politik mana yang paling laku.

Teringat pemandangan kedai pajak gadai China di Malaysia yang mana Mahathir pernah menyentuhnya di dalam buku beliau ‘Malay Dilemma’ di mana sikap melayu yang bergantung kepada menggadai barang bila sesak hutang atau keperluan. [*Rupanya berlaku sehingga kini dalam kes ini Geely China.]

Susunan:  Berita Mimpi – Ana Ghoib penasihat asing di Putrajaya…

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Rakyat perlu ajar Najib bahasa paling difahami iaitu ‘bahasa undi’ – Salahuddin Ayub

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE