Advertisements

Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis tohmahan sesetengah pihak bahawa beliau bukan penggemar kereta Proton, sungguhpun mempunyai kereta mewah lain selain Proton. – Foto KiniTV

Tun Mahathir berkata beliau memandu sendiri kereta Proton setiap hujung minggu, melainkan untuk ke pejabat pada hari bekerja menggunakan kereta lain dan duduk di belakang.

Untuk membuktikan jiwanya sentiasa bersama Proton, kata Mahathir, beliau menjadi ‘ketua uji’ untuk semua kereta nasional itu bagi merasai sendiri kualiti sesuatu kereta itu.

“Saya ini jadi chief tester untuk semua kereta Proton semasa ia bangun dan semasa ia dipasarkan. Saya selalu menggunakan kereta Proton untuk ujian dan saya membawa semua kereta Proton setiap hujung minggu sendiri, melainkan ke pejabat saya guna kereta lain saya duduk di belakang bukan saya jadi pemandu.

“Bagi kereta Proton, saya nak memandu sendiri. Sehingga sekarang ini pun, saya ada satu jenis kereta Proton yang diubah suai yang saya tiap-tiap minggu saya uji, naik ke Genting Highlands, guna enjin kecil. Semua saya uji sendiri,” katanya  dalam sesi soal-jawab secara langsung di Facebooknya hari ini yang dikendalikan Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq.

Nota Ana Ghoib: Tak ada Tour – Road Show – Exhibition – Rombongan dagang menjual proton produk negara mengikut Najib dalam pesawat mewah ke luar negara?

Bak kata seorang pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM bahawa memasarkan Proton di Malaysia mudahnya seperti memburu di dalam ZOO.

Malah lebih mudah mewajibkan agensi kerajaan memakainya tetapi kepada Ana Ghoib dengan syarat janganlah Media Akhbar TV dikawal kerajaan sampai seminggu ulas keburukan Proton dari rungutan pembeli.

Jikalah mereka tidak putus asa dan keistimewaannya PROTON kereta nasional dilindungi sepenuhnya lalu salah silap segera diperbaiki anak tempatan yang berkarisma, berkaliber dan pandai berniaga seperti Tony Fernandes AirAsia tidak begini akhirnya.

Advertisements

Ambil contoh MAS yang memerlukan orang asing gaji berjuta hanya untuk memotong kos, memecat vendor dan memecat pekerja walhal anak tempatan tidak diutamakan. [Imej kejayaan orang barat yang didendangkan diterima semudah itu – rasionalisasi kononnya.]

Ana Ghoib mahu menambah Proton ini seperti Ringgit Malaysia jika diletak imej orang yang berpengaruh maka nilainya dipandang tinggi sebaliknya cubalah buat ujikaji meletakkan imej ahli politik mana yang paling laku.

Teringat pemandangan kedai pajak gadai China di Malaysia yang mana Mahathir pernah menyentuhnya di dalam buku beliau ‘Malay Dilemma’ di mana sikap melayu yang bergantung kepada menggadai barang bila sesak hutang atau keperluan. [*Rupanya berlaku sehingga kini dalam kes ini Geely China.]

Susunan:  Berita Mimpi – Ana Ghoib penasihat asing di Putrajaya…

KLIK BACANajib tidak bolehkah sempena Ramadan bersikap jujur berkata benar?

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar peguam negara buktikan wang 1MDB masih ada?

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share