Advertisements

Dr Mahathir mendakwa Lee Kim Yew bersedia membayar cukai syarikat namun ditolak, dan ‘gangguan’ itu bagi menghalang sumbangan kepada parti pembangkang untuk pilihan raya. – Foto FMT

Menggambarkan siasatan cukai terhadap ahli perniagaan Lee Kim Yew sebagai kisah sedih, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu menunjukkan “betapa rendah kerajaan Malaysia, perdana menteri dan penjawat awam”.

“Cukai yang dikenakan ke atas wang tanpa sebab yang sah seperti perompakan di siang hari,” kata bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya hari ini lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata kesediaan Lee membayar cukai ditolak selepas beberapa rundingan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bersetuju dengan termanya tetapi “kemudian memungkiri perjanjian itu”.

Pengerusi PPBM mengulas surat Lee yang mendakwa dirinya disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukannya undang-undang sivil, menyebabkan beliau terpaksa mencairkan aset untuk menyelesaikan bil cukai pendapatan.

Lee, Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Bhdd (CHHB) dalam suratnya berkata: “Saya mahu kawan-kawan tahu saya tidak ada sebarang liabiliti cukai peribadi. Malah, saya ada lebihan kredit cukai dengan LHDN.”

Lee dipetik The Star sebagai berkata: “Pandangan saya mengenai LHDN mudah, saya percaya membayar cukai tanggungjawab sivik dan saya tidak kisah membayar cukai, walaupun bukan cukai saya. Saya percaya kesediaan itu ditunjukkan dengan membantu syarikat menyelesaikan cukai RM20 juta sejak saya mengambil alih jawatan pengerusi eksekutif CHHB.”

CHHB baru-baru ini mengumumkan LHDN merampas deposit tetap RM126 juta milik Lee di sebuah bank milikan asing. Lee fahami perkembangan itu berkaitan dengan liabiliti cukai anak syarikat milikan penuh CHHB, Country Heights Sdn Bhd (CHSB).

CHHB berkata liabiliti cukai keseluruhan CHSB bagi tahun taksiran 1997 dan 1998 mencecah RM22.5 juta.

The Star memetik Lee sebagai berkata penggunaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) atau Akta 613 untuk menyiasat cukainya suatu penghinaan terhadapnya.

Advertisements

Dr Mahathir hari ini berkata kes ini kes wang yang diperoleh melalui perniagaan sah dalam simpanan “mangsa” dilabel sebagai wang yang diperoleh melalui perbuatan jenayah dan “mangsa” akan didakwa di bawah Amla. – MDN

CLICK READ: Dr Mahathir slams authorities for going after Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Sultan Selangor MURKA, Sivarasa ceramah politik di Masjid Subang

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Guan Eng saja dilarang ke majlis buka puasa? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share