Rumah pelakon Remy Ishak diserbu polis malam kelmarin gara-gara dikatakan “diperangkap” peminat wanita.

Remy, 34, mendakwa serbuan di rumahnya satu penganiayaan ketika dia sedang berada di luar kawasan.

“Saya tidak boleh komen lebih tetapi apa yang saya boleh katakan, rumah saya diserbu sepasukan polis daripada bahagian narkotik kerana disyaki terlibat dengan kes dadah.

“Ini sudah menjadi kes aniaya daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana saya tiada di rumah pada waktu kejadian kecuali ada beberapa anggota keluarga.

“Sebelum ini saya pernah menerima ugutan bunuh, jadi saya rasa saya tahu siapa dalang di sebalik perkara ini,” katanya lapor Kosmo.

Pelakon filem Anak Halal percaya dia dianiaya individu sama membuat ugutan bunuh awal bulan lalu selepas menolak ajakan wanita kenamaan untuk berjumpa dan bekerjasama dalam urusan perniagaan.

Katanya, wanita VIP berusia 40-an itu dipercayai berasal dari Pantai Timur namun enggan bercerita lanjut.

“Saya tidak pasti mengapa rumah diserbu tetapi laporan polis akan dibuat secepat mungkin selepas saya pulang ke ibu kota dalam masa terdekat,” dia dilaporkan berkata.

Ketua Polis Daerah Serdang dilaporkan mengesahkan kejadian itu.

Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata pemeriksaan dilakukan sekitar jam 1.30 pagi selepas menerima aduan berhubung kediaman dikatakan menjadi sarang penagih dadah.

DIKEMASKINI: VIDEO – 5,000 sertai solat jenazah ghaib Haron Din di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

KLIK BACA: Mahathir kini musuh nombor satu Umno, kata Tajuddin Rahman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share