Pakatan strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dari China, akan membebaskan pengeluar kereta nasional itu daripada subsidi berterusan kerajaan yang turut menggunakan wang pembayar cukai, kata seorang Ahli Parlimen hari ini.

Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata subsidi mencecah berbilion-bilion ringgit sejak penubuhan Proton pada 30 tahun lepas, juga bukanlah sesuatu yang dapat diteruskan untuk selama-lamanya.

Sehubungan itu, pakatan dengan syarikat automotif besar global seperti Geely itu sebenarnya turut disertai pelbagai prospek menarik demi pertumbuhan masa depan Proton.

“Proton kini mampu meningkatkan pengeluarannya sehingga lima kali ganda kepada 500,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun menjelang 2020 menerusi penyertaannya dalam ASEAN dan paling penting, pasaran China yang amat besar.

“Asean mempunyai 600 juta penduduk manakala angka jualan kereta China pula sebanyak 28 juta setahun. Jika Proton, menerusi Geely mampu memperoleh satu peratus pasaran China, maka ini bermakna Proton dapat mengeluarkan 280,000 unit kereta tambahan,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Fauzi berkata pengeluaran tahunan Proton ketika ini yang membabitkan kira-kira 74,000 unit kereta hanya mewakili 20 peratus daripada kapasiti sebenar kilang di Tanjung Malim, Perak.

“Bagaimanapun, menerusi pakatan dengan Geely, ini bermakna pengeluaran Proton itu tiada hadnya. Bayangkan juga aspek penawaran ribuan pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia.” – Bernama

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Sultan Selangor MURKA, Sivarasa ceramah politik di Masjid Subang

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Guan Eng saja dilarang ke majlis buka puasa? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Lucu bila menteri bidas pengkritik Proton pun tak beli kereta Proton?

KLIK BACA: Bagaimana jika ketika ini Pak Lah kurang setia kritik tak puji Najib? – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE