DRB-HICOM Bhd  (DRB-HICOM) memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China bagi membolehkan kumpulan pengeluar kereta China itu membeli 49.9 peratus pegangan dalam Proton Holdings Bhd.

DRB-HICOM ketika ini memiliki 100 peratus pegangan dalam pengeluar kereta pertama nasional itu. Perjanjian tersebut dimeterai hari ini dan disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perjanjian itu akan membolehkan Proton memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding dan akan membolehkan Proton mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu serta pasaran pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara, kata DRB-Hicom dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata jenama Proton itu akan kekal sedia ada dan akan semakin berkembang dengan penyertaan rakan kongsi strategik asing baharu tersebut.

“Hasrat kami sentiasa untuk menaikkan semula nama Proton. Ia merupakan jenama pertama kereta nasional Malaysia dan mempunyai sejarah lebih daripada 30 tahun. Perjanjian itu akan menjadi pemangkin untuk menaikkan jenama yang diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia,” kata Syed Faisal.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group  Daniel Donghui Li berkata: “Dengan Proton dan Lotus menyertai portfolio jenama Geely Group, kami mengukuhkan kedudukan global kami dan membangunkan tapak kami di Asia Tenggara.” – Bernama | Foto Utusan Borneo

KLIK VIDEO: Proton buah fikiran saya kini milik orang asing – Tun Mahathir

KLIK BACAProton akhirnya dijual kita beli kereta asing selepas ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACANajib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share