Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menjadikan Malaysia negara berkecuali dan pendamai antarabangsa. –  Foto The Star

Presiden Amanah Mohamad Sabu berharap Pakatan Harapan dapat mengembalikan peranan Malaysia sebagai negara berkecuali dan meletakkan Malaysia kepada pendamai antarabangsa, bukan memihak kepada negara-negara dalam pertikaian.

Beliau berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengheret Malaysia kepada satu blok Saudi dan Amerika sekali gus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara memihak.

“Maka Malaysia tidak lagi dapat memainkan peranan dalam konflik di Iraq, Syria, Yaman bahkan di Palestin sendiri kerana sikap memihak kepada Amerika dan Saudi itu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini lapor portal milik AMANAH – Malaysia Dateline.

Menurut beliau juga, di Asia Tenggara pula sedang berlaku perebutan kuasa perairan terutama sekali antara China dan Amerika Syarikat.

“Malaysia yang telah menjadi sebuah negara memihak kepada Amerika, meletakkan negara dalam kancah tidak baik untuk memberi pandangan berkecuali.

“Najib telah membawa negara ke satu blok yang pada jangka panjang akan mengundang bahaya kepada Malaysia dan rakyat seluruhnya,” katanya.

Najib pada Ahad lalu menyertai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan lebih 50 pemimpin Islam untuk sidang kemuncak di Riyadh bertujuan menentang extremisme dan terrorisme global.

Mohamad berkata, selama ini nama Malaysia begitu harum di peringkat antarabangsa apabila Allahyarham Tun Abdul Razak dengan dasar berkecuali melalui The Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) menyebabkan pengkalan tentera asing meninggalkan malaysia termasuklah The Royal Australian Air Force (RAAF) meninggalkan Malaysia.

“Malaysia kemudian menjadi sebuah negara aman dengan sikap berkecuali dan memainkan peranan di peringkat ASEAN dalam usaha perdamaian sama ada di Filipina, Thailand mahupun Aceh untuk menyelesaikan konflik,” jelasnya.

Advertisements

Tun Mahathir Mohamad pula kata beliau, memperjuangkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM dan Malaysia terus harum di peringkat antarabangsa.

“Selama tiga penggal saya menjadi ahli Parlimen pembangkang, ada perkara saya bangga di antaranya peranan dimainkan oleh Malaysia dalam konflik di Bosnia.

” Malaysia juga begitu terkenal di peringkat OIC dan pandangan Malaysia amat dihormati. Malaysia memberi pandangan penyelesaian dalam pertikaian mana-mana negara seperti Iran-Iraq dengan perperangan lebih lapan tahun,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Firman Allah untuk jalan Allah yang BENAR jelas di dalam Al Quran iaitu jika DUA saudara muslim kamu bermusuhan seperti Yaman-Saudi maka damaikanlah tetapi apa yang dilakukan sebaliknya mengundang Nasrani campurtangan – maka tahulah kita siapa yang mengikut hawa nafsu!

Firman Allah: “Hai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” – Surah Shad 26

Thoha Putrajaya – “The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’” –  [Ubadah as-Samit r.a]

Susunan oleh Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Risalah Untuk Bani Jawi – Lahu Da’watul Haq

KLIK BACAProton akhirnya dijual kita beli kereta asing selepas ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACANajib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share