Advertisements

Ramkarpal Singh gesa polis mengambil tindakan terhadap Mat Over yang memukul David Teo. – Foto ihsan FMT

Polis sekali lagi dituntut mengambil tindakan ke atas pelakon Sulaiman Yassin yang menyerang penerbit filem Datuk David Teo di khalayak ramai pada sebuah majlis dihadiri perdana menteri Rabu lalu.

Peguam dan Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh berkata kegagalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak akan hanya memberikan mesej buruk mengenai kecekapan polis di samping “satu tamparan kepada prinsip kedaulatan undang-undang”.

“Saya menyeru supaya Khalid mengambil langkah perlu dengan menangkap Sulaiman bagi menyiasatnya kerana menyerang Teo,” kata Ramkarpal dalam kenyataan hari ini yang disiar portal Free Malaysia Today, sambil menambah Khalid sedia maklum polis perlu bertindak walaupun tanpa laporan polis, oleh kerana rakaman kejadian itu tersebar luas.

Beliau berkata kegagalan polis berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai kelalaian Khalid dalam tugasnya di samping memberikan mesej “orang ramai boleh terlepas daripada tindakan walaupun jenayah dilakukan di hadapan perdana menteri”.

Pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni terganggu seketika apabila Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.

Keadaan menjadi kecoh apabila Sulaiman, juga dikenali sebagai Mat Over, tiba-tiba meluru ke arah pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.

Teo dan Mat Over kembali ke pentas di akhir sesi itu untuk memohon maaf kepada Najib. Bagaimanapun, Mat Over dilaporkan berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

Advertisements

KLIK BACA: Najib salah tak kutuk serangan ke atas David Teo – MP PKR

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share