Geely yang memiliki jenama Volvo dari Sweden dikatakan mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus. – Foto NST

Selepas perbincangan selama berbulan-bulan, syarikat induk Proton Holdings Bhd, DRB-Hicom Bhd akan mengadakan mesyuarat minggu ini untuk membincangkan cadangan Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely) dan PSA Group menjadi rakan kongsi strategik pengeluar kereta nasional itu.

Perkara itu didedahkan seorang individu yang mengetahui situasi itu kepada Bloomberg, pada Jumaat lalu lapor Free Malaysia Today.

DRB-Hicom bagaimanapun enggan mengulas proses jualan 51% kepentingan dalam Proton kepada rakan kongsi asing bagi memastikan kilangnya terus beroperasi dan membangunkan model baharu.

Individu yang mengetahui situasi semasa itu berkata, Geely yang merupakan pengeluar teksi Britain – The London Taxi Company, mahu mengambil alih sebahagian besar saham minoriti dalam Proton dan membeli majoriti ekuiti dalam anak syarikat Proton, Lotus.

Seorang lagi individu yang tahu mengenai proses itu berkata, PSA Group pula lebih berminat mengambil alih majoriti pegangan Proton.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

Pengarah Eurasia Group untuk rantau Asia Tenggara, Peter Mumford yang dipetik Bloomberg berkata, mencari rakan kongsi asing untuk Proton yang mempunyai kira-kira 12,000 pekerja ialah penyelesaian logik untuk “sebuah syarikat yang menjadi lambang negara, tetapi tidak cekap dan mengalami kerugian”.

“Jika jenama ini dan pekerjaan dapat dikekalkan, ini mungkin ialah satu keputusan popular.” – MDN

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE