Malindo Air menawarkan tambang promosi daripada RM69 hingga RM1,999. – Foto Malay Mail

Malindo Air menawarkan promosi 2 juta tempat duduk bagi kelas ekonomi dan perniagaan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun dengan perjalanan mulai 1 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018.

Tambang promosi daripada RM69 hingga RM1,999 itu boleh didapati mulai sekarang hingga 21 Mei 2017 dan sah untuk semua tempahan dalam talian, di semua kaunter pejabat jualan tiket Malindo Air dan agensi pelancongan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, China, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.

“Kami juga melancarkan jualan global serentak untuk penerbangan dari Singapura, Australia, India, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka dan Pakistan ke Kuala Lumpur untuk kelas ekonomi dan perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.

Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan boleh layari malindoair.com, e-mel Pusat Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. – Bernama

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK BACA: CEO Malaysiakini didakwa kes video Apandi Ali

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

TERKINI: India beri amaran negara mungkin terbeban bayar hutang China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE