Advertisements

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail – Foto The Star

PUTARAJAYA: PPBM berasa jengkel melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa masih belum faham implikasi strategi terhadap China dan kegusaran mengenai pelaburan negara komunis itu.

Pimpinan Tertinggi, Tariq Ismail berkata demikian selepas meneliti sokongan Najib kepada inisiatif “One Belt One Road” yang digagaskan China, dalam komen yang disiarkan South China Morning Post semalam.

Tariq dalam kenyataan hari ini dilapor Free Malaysia Today berkata pembangkang mengalu-alukan pelaburan asing, tetapi terma pelaburan dengan Beijing membawa akibat tersendiri.

“Dalam hal pelaburan negara China, kami dapati terma-terma ini ditukar dengan mendadak,” katanya.

Pertama, menurut Tariq, ia menyerahkan pengurusan dan kawalan projek, termasuk keputusan berkenaan teknologi proprietari, penyumberan dan perolehan kepada China.

Merujuk kepada terma projek ECRL dan pendekatan China di negara lain, Tariq berkata, China akan mengutamakan sumber manusia dan bahan sendiri bagi tujuan pembinaan dan pembangunan.

“Ini ternyata lari jauh dari pendekatan yang digunakan bagi projek-projek pembangunan nasional terdahulu yang mengutamakan sumber- sumber tempatan.”

Kedua, Tariq mendakwa kerajaan gagal mentakrifkan bagaimana projek pelaburan China merangsangkan ekonomi dan kesejahteraan.

“Sebagai contoh, kita lihat saja Forest City (di Johor Bahru). Sudah berkali-kali kami suarakan pembangunan ini menyasarkan demografi tempatan yang salah,” katanya.

Advertisements

“Projek ini disasarkan kepada pembeli asing yang akan diberi status pemastautin tetap sementara rakyat tempatan hanya menjadi pekerja yang menyaji kepada warga asing tersebut,” katanya.

Beliau menambah, peningkatan bilangan pemastautin warga asing berpendapatan tinggi tidak akan meningkatkan taraf hidup orang tempatan dengan ketara.

“Ini kerana akibat dari peningkatan mendadak ini ke atas pendapatan rakyat tak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya. – MDN

TERKINI: India beri amaran negara mungkin terbeban bayar hutang China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Dr Mahathir saja boleh kalahkan Najib, kata Zaid

KLIK BACABersiaplah hadapi Tsunami rakyat sempena Ulang Tahun Umno Ke-71 – ZAM

KLIK BACA: Dr Mahathir kata sebaliknya dakwaan Najib tidak gadai kedaulatan negara?

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share