Advertisements

New Delhi beri amaran negara yang terlibat dalam rancangan ‘Laluan Sutera’ Beijing akan dibebani ‘hutang tidak mampan’. – Foto India Today

India tidak menghantar delegasi rasmi ke Forum “Belt and Road” di Beijing sebaliknya mengkritik insiatif global China, memberi amaran negara terlibat akan dibebani “hutang tidak mampan”.

Presiden China Xi Jinping sedang meraikan berpuluh pemimpin dunia dan pegawai kerajaan kanan hari ini dalam pertunjukan diplomatik terbesar tahun ini, berkongsi wawasan “Laluan Sutera” baharu yang membuka laluan perdagangan ke serata dunia.

Pegawai kerajaan dari New Delhi tidak pergi, kata para pegawai kerajaan India, walaupun sarjana dari badan pemikir India diterbangkan ke Beijing untuk menyertai beberapa mesyuarat di forum itu.

Jurucakap menteri luar India Gopal Baglay ketika ditanya sama ada New Delhi menyertai sidang kemuncak itu berkata, India tidak boleh menerima projek yang menjejaskan kedaulatannya.

India marah salah satu projek utama “Belt and Road” merentasi Kashmir dan Pakistan. Kedua-dua seteru bersenjata nuklear ini pernah berperang 2 daripada 3 perang mereka untuk rantau itu.

“Tiada negara boleh terima projek yang tidak menghiraukan kebimbangan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah,” kata Baglay.

Beliau juga memberi amaran mengenai bahaya hutang. Antara kritikan terhadap rancangan Laluan Sutera adalah negara tuan rumah mungkin terbeban untuk membayar semula pinjaman bagi projek prasarana besar yang sedang dijalankan dan dibiaya syarikat dan bank China.

“Inisiatif ketersambungan mesti mengikut prinsip tanggungjawab kewangan untuk mengelakkan projek yang akan mewujudkan beban hutang tidak mampan kepada masyarakat,” kata Baglay.

Kritikan New Delhi terhadap insiatif “Belt and Road” terbit di kala Xi berikrar memperuntukkan AS$124 bilion untuk rancangan itu, dan menyeru model lama berdasarkan persaingan dan permainan kuasa diplomatik diabaikan.

Advertisements

Pemimpin dari 29 negara dan delegasi kementerian daripada banyak lagi negara menghadiri forum di Beijing, termasuk negara jiran India – bukan sahaja Pakistan tetapi juga Sri Lanka dan Nepal.

Baglay berkata India menyokong ketersambungan yang lebih meluas di serata rantau ini dan menyenaraikan inisiatif yang melibatkannya, termasuk projek lebuhraya dan koridor Utara-Selatan di Asia Tengah, tetapi beliau berkata ia perlu dibangunkan secara telus.

“Kami percaya inisiatif ketersambungan mesti berdasarkan norma antarabangsa yang diiktiraf secara universal, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, keterbukaan, ketelusan dan kesaksamaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain koridor merentasi Pakistan, India juga bimbang mengenai peluasan ekonomi dan diplomasi China di Asia, khususnya di negara dan laluan air yang dianggap berada dalam lingkungan pengaruhnya. – Reuters

KLIK BACA: Tariq Ismail – Najib masih tak faham strategi China

KLIK BACA: Nilailah Rosmah seperti Michelle Obama

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: Dr Mahathir saja boleh kalahkan Najib, kata Zaid

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACABersiaplah hadapi Tsunami rakyat sempena Ulang Tahun Umno Ke-71 – ZAM

KLIK BACA: Dr Mahathir kata sebaliknya dakwaan Najib tidak gadai kedaulatan negara?

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share