Ukays teruja untuk menghiburkan peminat di Hard Rock Cafe, KL pada 14 Mei nanti. – Foto mStar Online

Kumpulan Ukays bakal mempelawa Abdul Rani Kulup bersama band nyanyiannya yang digelar Sometimes Group menjayakan persembahan mereka yang bakal diadakan di Hard Rock Cafe, di sini pada 14 Mei nanti.

Menurut ketua kumpulan Ukays, Amy atau nama sebenar, Azmi Hassan, keputusan memilih Sometimes Group menyertai persembahan tersebut disebabkan keunikan muzik yang dibawa mereka di samping populariti Rani itu sendiri.

“Pemilihan kumpulan Sometimes Group kerana mereka menyampaikan lagu kugiran yang lebih santai dan unik, mungkin dapat meredakan suasana setelah penonton didendangkan dengan lagu-lagu tangkap leleh daripada Ukays.

“Bukan itu sahaja, tidak salah kalau saya katakan kekuatan pengikut serta populariti Rani Kulup juga dapat membantu kami mempromosikan acara ini.

“Ukays akan mempersembahkan 15 buah lagu popular kami, manakala Sometimes akan menyampaikan empat buah lagu mengisi slot 30 minit dalam showcase ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Amy ditemui di majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) di antara kumpulan Ukays dan penganjur Ritz Corporate Holding, di Hard Rock Cafe di sini pada Selasa.

Selain Amy selaku gitaris, Ukays turut dianggotai oleh Well (bes), Tokjie (bes), Ali (dram) dan vokalis, Ady.

Dalam pada itu, Amy mengakui muzik Ukays masih lagi releven dan menjadi pilihan pendengar meskipun kumpulan ini sudah beberapa kali bertukar vokalis.

“Selama 28 tahun bertapak dalam industri muzik, peminat memberitahu kesetiaan mereka terhadap Ukays kerana lagu dan bukannya penyanyi. – MDN

KLIK BACA: Dr Mahathir: Kenyataan Najib UMNO kalah Kit Siang jadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali

KLIK BACA: Tun Mahathir fail rayuan keputusan Najib bukan penjawat awam

KLIK BACAApa jadi AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta yang tersalah bayar itu?

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share