Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tetap yakin Pakatan Harapan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) walaupun tanpa PAS.

Dr Mahathir melahirkan keyakinan itu sambil merujuk kepada kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan yang diadakan oleh Pakatan Harapan.

“Kalau kita mengikuti kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan oleh Pakatan Harapan, jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 dan 15,000 walaupun mengikut TV3 suku cuma 200 sahaja. Itu pasal, dia tak boleh bilang.”

Dr Mahathir juga berkata, sambutan positif itu juga menggambarkan yang orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno memberi sokongan kepada PPBM dan Pakatan Harapan, katanya lapor FMT.

“Tapi kita nampak ramai orang Melayu yang keluar dan kita juga lihat ramai daripada mereka itu terdiri dari Umno.

“Jadi nampak ahli Umno pun berminat dengan kita, sebab itu kita yakin kita boleh menang,” kata bekas perdana menteri ini pada sidang medianya bersama kepimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.

Kata Abdul Hadi, pihaknya menolak kerana kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendidikan jelas.

Muktamar PAS hari ini juga sebulat suara menerima usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan sekutunya PKR. Dalam usul itu, PKR dituduh mengkhianati perjanjian kerjasama antara kedua-dua parti dan biadap terhadap PAS.

Ketika berceramah dalam program Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi, Dr Mahathir berkata, beliau menerima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya.

“Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir. – MDN

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: PAS diuji dengan BALA ribut

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Johari Ghani berdirilah dengan berani, 1MDB bukan bayar duit poket mereka

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

KLIK BACA: Melayu hina Umno jika setia demi nikmat sementara, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kerajaan mahu saya kenakan Mahathir, kata Anwar

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE