Advertisements

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik pengumuman penyelesaian pertikaian hutang antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPC).

Pengkritik lantang syarikat kerajaan tersebut berkata perjanjian antara 2 entiti itu tidak menyelesaikan masalah kerana 1MDB membayar hutangnya sebanyak 2 kali.

“Kena ingat, wang itu sudah disampaikan kepada (anak syarikat) IPIC (melalui anak syarikat) Aabar BVI, tetapi mereka kata itu bukan syarikat mereka.

“Nampaknya 1MDB bayar kepada syarikat palsu. Sekarang nak bayar sekali lagi kepada syarikat tidak palsu…Jadi kita rugi 2 kali,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Namun Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) sememangnya anak syarikat IPIC yang sah, yang dinafikan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu.

Menurut Malaysiakini, beliau berkata ia berdasarkan rekod yang diberikan 1MDB kepada PAC sebelum ini, dan disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016.

Minggu ini, IPIC dan 1MDB mengumumkan mereka sudah menyelesaikan pertikaian hutang tersebut, melalui persetujuan yang menyatakan 1MDB akan membayar AS1.2 bilion (RM5.25 bilion) kepada IPIC.

Dalam persetujuan itu, yang dilaporkan kepada Bursa Saham London, 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran pada Julai dan Disember kepada IPIC, selepas pertikaian antara 2 syarikat itu di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

1MDB juga akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran faedah pada masa akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang bernilai AS$3.5 bilion, yang berakhir pada 2022.

Perjanjian itu sebelum ini dikritik Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Wong Chen.

Advertisements

Mahathir menegaskan isu utama adalah ke mana sebenarnya wang yang dahulunya dikatakan dibayar kepada IPIC.

“Duit kepada syarikat palsu ini pergi mana, siapa yang dapat? Ini masalahnya.” – MalaysiaKini | MRM Foto Malay Mail

KLIK BACA: Mengejutkan Mahkamah tolak saman misfeasans Mahathir ke atas Najib

KLIK BACARafizi: Pemuda PAS bantu saya mungkin mereka dikandang tertuduh bersama saya

KLIK BACA: Duit dibayar 1MDB kepada syarikat palsu pergi mana, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Tony Pua: Tak masuk akal tunduk bayar AS$3.5 bilion atau RM15 bilion

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: Berita BAIK penyelesaian apa 1MDB bayar hutang berbilion – Kadir Jasin

KLIK BACAApa jadi AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta yang tersalah bayar itu?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share