Malaysia Airlines Berhad (MAB) dijangka menyediakan beberapa buah pesawat yang diubah suai khas untuk umat Islam yang pergi menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew menerusi wawancara dalam program CNN Money terbitan stesen CNN mendedahkan bahawa enam pesawat Airbus A380 telah pun diubah suai termasuk ada ruang solat dan bilik wuduk.

Ketika menceritakan perincian rancangannya itu, beliau malah menjelaskan pihak MAB bersedia menawarkan banyak pesawat khas untuk keperluan umat Islam selesa pergi ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah setiap hari.

“Saya rasa ini akan menjadi satu titik perubahan besar dalam sejarah industri pengangkutan udara dan mungkin juga dunia perniagaan antarabangsa sendiri,” menurut Bellew yang mengambil alih jawatan pada 1 Julai 2016.

Beliau menambah, untuk tujuan itu, sebuah syarikat penerbangan baharu khusus dalam operasi haji dan umrah dikenali sebagai Project Hope, bakal ditubuhkan MAB dengan permulaan memiliki enam pesawat Airbus A380.

Jet jumbo komersial terbesar dunia itu ujarnya akan dapat menampung sehingga 715 penumpang, berbanding kapasiti biasa iaitu 525 bagi pesawat dengan tiga kelas atau 853 bagi pesawat dengan semua kelas ekonomi sahaja.

“Kami sedang mencuba untuk merebut lima hingga enam peratus pasaran global, yang sentiasa berkembang,” kata Bellew yang pernah berkhidmat sebagai eksekutif syarikat penerbangan tambang rendah terkenal Ireland, Ryanair.

“Para jemaah biasanya sanggup menabung hingga 30 tahun untuk ke Tanah Suci dan kami berminat menembusi pasaran itu. Di Malaysia, kebanyakan menyimpan untuk menunaikan umrah menerusi Lembaga Tabung Haji.

“Namun, berbeza dengan ibadah haji, jemaah perlu mematuhi kuota yang ditetapkan oleh Arab Saudi. Penantiannya boleh memakan masa puluhan tahun sebelum mereka akhirnya dapat menjejakkan kaki ke sana,” jelas beliau.

Pada bulan lalu, Bellew memaklumkan pihak MAB dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan baharu khusus bagi pasaran haji dan umrah yang boleh disewa khas umat Islam dari seluruh dunia. – Bernama

KLIK BACAApa jadi AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta yang tersalah bayar itu?

KLIK BACA: Hairan kenapa Johari tidak terlibat rundingan 1MDB? 

KLIK BACAPenyelesaian 1MDB-IPIC dedah salah laku jenayah baru 

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

KLIK BACA: Najib tak jatuhkan ekonomi sebab habis jatuh – Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE