Advertisements

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dirinya sudah terlalu berusia untuk kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, masih ramai golongan muda yang layak untuk jawatan tertinggi itu.

“Tak apalah, saya lagi dua bulan 92 tahun, bagi pada orang muda lah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaannya untuk menjawat jawatan Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan.

Pada masa sama, Mahathir menyifatkan rakyat semakin berminat dengan situasi politik masa kini.

“Kita boleh tengok kehadiran malam ini ramai hadir, ini bermakna rakyat tidak bosan dengan politik

“Mereka juga berminat dengan politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya lapor Sinar Harian.

Terdahulu, Mahathir hadir program Bicara Tun M yang diadakan di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas mengenai beberapa kumpulan ahli parti itu mengumumkan keluar parti ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan kronisme dan tiada hala tuju, katanya, tiada paksaan kepada mana-mana individu untuk keluar parti dan tindakan itu dilakukan mereka sendiri.

Advertisements

Katanya, parti tidak menyekat ahli yang mahu keluar parti.

“Dia mahu keluar, keluarlah. Tak ada paksaan tapi yang anehnya orang inilah yang pertama marah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dulu.

“Kini dia pula yang puji Najib dan marah kita, kerana kita menjatuhkan ekonomi, kerana kita bukan Najib, Najib tak jatuhkan ekonomi sebab sudah habis ekonomi dia jatuhkan,” katanya, berseloroh.

Mahathir turut menegaskan pihak yang mahu mewujudkan pertandingan tiga penjuru bertindak sebegitu semata-mata menyokong Najib.

“Kita mahu pertandingan satu lawan satu, kalau ada orang sengaja buat parti nak jadikan lawan tiga penjuru, orang itu adalah penyokong Najib,” katanya. – MDN

KLIK BACA: Hairan kenapa Johari tidak terlibat rundingan 1MDB? 

KLIK BACAPenyelesaian 1MDB-IPIC dedah salah laku jenayah baru 

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

KLIK BACAZakir patut dipulangkan ke India demi keharmonian 31 juta rakyat Malaysia

KLIK VIDEO: Najib – Kalau orang sepak, saya sepak pijak balik…

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA:  Mahathir – Kita sedang bertanding antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share