Advertisements

Susulan keputusan kerajaan mengumumkan harga petrol terkini mingguan bagi RON95 naik 3 sen, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘berkira’ dengan rakyat.

Rafizi mempertikaikan kerajaan tidak pernah mengumumkan pendapatan luar jangka hasil daripada keuntungan daripada minyak.

“Dengan rakyat biasa yang susah ini, 3 sen satu liter pun dia berkira.

“Saya dah sebut daripada bulan 1 lagi, bila harga minyak mentah dunia naik, dia tak nak bagi subsidi maka harga petrol yang kita bayar kena naik.

“Tapi dia tak sebut berapa banyak keuntungan luar jangka yang dia dapat sebab negara kita keluarkan minyak. Kalau minyak mentah harga naik, maka pendapatan kerajaan pun naik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahya di Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur malam tadi.

Harga runcit RON95 dan bahan api RON97 naik untuk minggu ketiga berturut-turut sejak pengenalan mekanisme harga siling bahan api mingguan bulan lalu.

Berkuat kuasa pada setiap Rabu, seliter harga runcit RON95 akan naik tiga sen manakala RON97 akan naik dua sen.

Ini menyaksikan harga RON95 menjadi RM2.27 seliter dan RON97 naik kepada RM2.54 seliter.

Advertisements

Sementara itu, diesel akan dijual pada RM2.21 seliter, peningkatan sebanyak lima sen.

Ia adalah peningkatan kedua berturut-turut untuk diesel.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan purata mata wang Mean of Platts Singapura minggu sebelumnya.

Harga minyak mentah global menunjukkan peningkatan berikutan perjanjian oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) serta negara-negara bukan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran. – KiniTV

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex

KLIK VIDEO: Wanita potong payudara akibat Ahok kalah Gabenor Jakarta

KLIK BACA: Mufti Perlis terima hantu Jenglot

KLIK BACADr Mahathir sindir Kamarul Azman mungkin kroni tak pilih dia kot?

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share