Beberapa aktivis hari ini menyelar tindakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menghantar pesanan tahniah kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kerana berjaya dalam memorandum untuk memberikannya lebih kuasa eksekutif.

Pemimpin kumpulan peguam Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata mesej itu tidak diperlukan memandangkan pentadbiran Erdogan yang menurutnya tidak demokratik.

“Turki bawah Erdogan susah untuk dikatakan ‘demokratik’.

“Berapa orang wartawan, kartunis, ahli akademik, penulis, hakim dan ahli politik menjadi mangsa tahanan bermotifkan politik di Turki sekarang?” soalnya di Twitter.

Nada sama disuarakan oleh pengarah eksekutif kumpulan antirasuah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel.

“(Ini) kedudukan yang amat dipersoalkan untuk diambil seorang pemimpin pembangkang,” tulis Cynthia.

Dalam pesanannya semalam, Wan Azizah menyifatkan Turki sebagai teladan untuk negara membangun kerana “amalan demokrasi yang konsisten, pertumbuhan ekonomi dan keadaan hidup rakyat yang baik”.

Beliau turut menyelar “demokrasi Barat” yang kritikal terhadap Erdogan tetapi berbeza pendirian dalam soal dakwaan kleptokrasi, kawalan media dan manipulasi pilihan raya di Malaysia. – Malaysiakini

KLIK BACA: Keretakan terasa, Zahid dah mula main sindir perli – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib gesa nilai moral tinggi tak masuk akal, kata Dr Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Hishammuddin didesak siasat Scorpene era Najib

KLIK BACAKelantan serambi Mekah bidas ‘Melayu berjiwa sekular’ Zaid & Husam?

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE